Langkau ke kandungan utama

Mesyuarat Agung Ikatan Penulis Sabah Ke-27

Salam.

Alhamdulillah selesai jua akhirnya berjalan lancar mesyuarat agung IPS ke 27. Dimulai dengan ucapan dasar Ketua 1 Hasyuda Abadi yang begitu bertenaga. Menyentuh semula hal-hal pada mesyuarat lepas untuk peringatan bersama. Paling utama itu adalah mengenai Bitara Sastera. Usaha yang digagaskan ketua 1 pada mesyuarat lalu betapa pentingnya membitarakan sastera khususnya dalam dunia persuratan.

IPS yang sudah ditubuhkan 27 tahun ini menjadi antara salah satu persatuan yang sering disebutkan, jika membincangkan kelestarian sastera Sabah. Selain Badan Bahasa Sabah (BAHASA). Bezanya cuma pada pendekataan yang digunakan. IPS sesuai dengan slogannya Wasatiyyah Untuk Kesejagatan Sastera menggunakan pendekatah yang lebih minimalis. Namun, masih memberikan impak yang lebih besar dari usaha yang diungkayahkan. Melalui cara ini rasanya yang terbaik buat semua karyawan khususnya di Sabah dalam mencari pelapis baru dalam dunianya.

Berikut merupakan senarai AJK terbaru yang dipilih dan dilantik dalam suasana kekeluargaan.

Ketua 1 : Haji Sukor Haji Usin @ Hasyuda Abadi (Dikekalkan)
Ketua 2 : Dr Mohammad Pu'ad Bebit @ Sifuart (Dikekalkan)

Bendahari : Mohd Ashrafi Bin Harumin (Dikekalkan)
Pen. Bendahari : Aminah Ali (Dikekalkan)
Setiausaha : Mohd Izzuddin Fitri Bin Abd Aziz
Pen. Setiausaha : Adi Helmi Jaini
Ketua Penerangan : Mohd Nurazwan Augustine

AJK:
1) Abd Naddin Shaiddin
2) Ony Latifah
3) Juilis Mokujal
4) Jaliha Jaman
5) Mabulmaddin Shaiddin
6) Norawi Hj Kata

Tahniah diucapkan buat semua Ahli Jawatankuasa baru bagi sesi 2017/2019.

Catatan popular daripada blog ini

POTACHIPS Anjur Pertandingan Ular dan Tangga (Snake & Ladder)

Semalam telah berlangsung satu pertandingan mini di antara tiga Jagoan Kita-Kita Lah Bah Ini. Perlawanan tiga penjuru antara Qijan, Doop dan Misandao. Ia dibuat tiga pusingan dan pemenang mestilah memenangi sebanyak dua kali. Oleh itu, hanya SATU pemenang sahaja akan menerima hadiah berupa POTACHIPS Spicy. Hadiah Utama Keputusan Rasmi Qijan        - 0 Doop        - 2 Misandao - 1 Jadi, pemenangnya adalah Doop! SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DIUCAPKAN! P/S: Potachips yang kini sedang viral di laman sosial selaku penganjur merupakan pengusaha produk lokal crispy keropok yang berasaskan kentang. Ramai yang menganggap ianya bubuk sebenarnya bukan. Ia adalah kentang yang digarut halus dan digoreng bersama kacang dan bilis. Ia sangat sedap dimakan begitu saja atau dicampur dengan bubur, maggi, mee goreng dan nasi panas. Dapatkan tester anda sekarang dengan menghubungi saya:  0168051710 Khalas.

Sumandak!

Salam Blogger dan Salam Pembaca... Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK... Sumandak adalah bahasa dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah) Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik" Ya, saya setuju itu. Atukoi... Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka. Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah ta...

Tarian Adai-Adai

Penghargaan Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya memberikan kekuatan dan keyakinan dalam menghasilkan kerja kursus yang pertama ini buat hambanya yang super lemah dan serba serbi kekurangan.Dalam menghasilkan sesuatu kerja kursus ianya suatu proses yang memakan masa lama untuk membaca dan memahami serta menghayati setiap naskhah buku,laman web jurnal atau petikan-petikan ensiklopedia.Justeru dengan rezeki yang diberikan oleh tuhan iaitu kesihatan tubuh badan faktor utama kejayaan penghasilan kajian ini.Tidak dilupakan kepada Puan Sri Ningsih yang banyak memberi tunjuk ajar dan ruang masa kepada para pelajarnya dengan penuh dedikasi dan tauliah.Semoga tuhan akan memberikan kesihatan dan rezeki yang berlimpah ruah kepada puan.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang membantu dalam penghasilan kajian ini.Terima kasih semua. Setiap semester pelajar-pelajar tahun 1 Seni Kreatif (HA11) akan membuat kerja kursus di bawah kod kursus CA10103 Sejarah Tari yang di...