Banyak sangat pengertian tentang puisi atau sajak atau apa saja yang digelarkan. Bagi aku pula puisi itu seperti sebuah jendela. Didalamnya melihatkan isi hati. Sesuatu yang boleh kita pandang ke dalam. Jauh disudut yang paling dalam. Tentang apa yang menggusarkannya. Apa yang berantakan di dalamnya. Terpancar melalui jendela, Seperti pagi yang kita lihat melalui jendela. Terpampang pemandangan yang indah-indah belaka. Namun, semua itukan cuma ilusi. Hakikatnya bila kita melihat ke luar jendela, penuh dengan benda-benda yang membuatkan kita menutup tirai. Kemudian berbaring semula ke katil dan tidur, Apa yang terpancar itu menyilaukan. Kita pula mahu lari dari realitinya. Aku tidak berbicara tentang memandang keluar, Sebenarnya memandang ke dalam. Apa yang anda lihat? Seorang insan yang sedang berbaring dan bergelumang dengan masalah. Sentiasa memikirkan cara untuk keluar daripadanya. Terasa sedikit kasihan melihat berontak jiwa itu sehingga kita turut berasa 'sorrow'n...