Langkau ke kandungan utama

Puisi Jendela Hati


Banyak sangat pengertian tentang puisi atau sajak atau apa saja yang digelarkan. Bagi aku pula puisi itu seperti sebuah jendela. Didalamnya melihatkan isi hati. Sesuatu yang boleh kita pandang ke dalam. Jauh disudut yang paling dalam. Tentang apa yang menggusarkannya. Apa yang berantakan di dalamnya. Terpancar melalui jendela, Seperti pagi yang kita lihat melalui jendela. Terpampang pemandangan yang indah-indah belaka. Namun, semua itukan cuma ilusi. Hakikatnya bila kita melihat ke luar jendela, penuh dengan benda-benda yang membuatkan kita menutup tirai. Kemudian berbaring semula ke katil dan tidur, Apa yang terpancar itu menyilaukan. Kita pula mahu lari dari realitinya.

Aku tidak berbicara tentang memandang keluar, Sebenarnya memandang ke dalam. Apa yang anda lihat? Seorang insan yang sedang berbaring dan bergelumang dengan masalah. Sentiasa memikirkan cara untuk keluar daripadanya. Terasa sedikit kasihan melihat berontak jiwa itu sehingga kita turut berasa 'sorrow'nya membawa ke dalam mimpi kita sendiri. Ada pula yang malas hanya menjeling kemudian berlalu. Mencari tingkap yang lain menilai dan mengatakan sesuatu tentangnya. Apa yang dinilai itu pula berbentuk suatu pencarian. Keresahan. Tentang jiwa-jiwa yang malang. Pernah kita membaca puisi yang begitu gembira. Mungkin ada, tapi jumlanhnya tidaklah sebanyak puisi tentang keresahan.

Apa yang berlaku sebenarnya, apabila rasa gembira kita akan gagal menukilkan kata-kata. Jika berjaya pun tidak sampai menarik minat orang untuk memerhatikannya. Sedalam keresahan. Apabila kita bersendiri sebenarnya kita mengajar diri kita untuk mendalami makna. Itulah juga masa-masa kesedihan, Apabila kita berada dalam keramaian pula mana ada masa untuk meluahkan isi hati. Lebh kepada menikmati suasana.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sumandak!

Salam Blogger dan Salam Pembaca... Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK... Sumandak adalah bahasa dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah) Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik" Ya, saya setuju itu. Atukoi... Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka. Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah ta...

7 Perkara Penting Dalam Business Pitching

source: http://pas-wordpress-media.s3.amazonaws.com/content/uploads/2015/09/PitchDeckTemplate-header.png 1) Masalah Nyatakan masalah yang bisnes anda akan selesaikan. 2) Bukti Kajian Tunjukkan bukti kajian satu persatu dan meyakinkan. 3) Pelanggan Terangkan target pelanggan anda kepada pelabur. 4) Model Bisnes Bukan Modal ya. Model. Maksudnya struktur bisnes anda. Dipanggil juga Business Model Canvas. 5) Choose Me Yakinkan pelabur untuk melabur dengan anda bukan orang lain 6) Starting Beritahu bila bisnes ini boleh start. 7) Kelayakan Tunjukkan kelayakan anda sebagai CEO dan yakinkan andalah yang paling layak.

Tarian Adai-Adai

Penghargaan Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya memberikan kekuatan dan keyakinan dalam menghasilkan kerja kursus yang pertama ini buat hambanya yang super lemah dan serba serbi kekurangan.Dalam menghasilkan sesuatu kerja kursus ianya suatu proses yang memakan masa lama untuk membaca dan memahami serta menghayati setiap naskhah buku,laman web jurnal atau petikan-petikan ensiklopedia.Justeru dengan rezeki yang diberikan oleh tuhan iaitu kesihatan tubuh badan faktor utama kejayaan penghasilan kajian ini.Tidak dilupakan kepada Puan Sri Ningsih yang banyak memberi tunjuk ajar dan ruang masa kepada para pelajarnya dengan penuh dedikasi dan tauliah.Semoga tuhan akan memberikan kesihatan dan rezeki yang berlimpah ruah kepada puan.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang membantu dalam penghasilan kajian ini.Terima kasih semua. Setiap semester pelajar-pelajar tahun 1 Seni Kreatif (HA11) akan membuat kerja kursus di bawah kod kursus CA10103 Sejarah Tari yang di...