Santapan Tubal Vol 4 - Sama-Sama Merasa


Sekali lagi pada tahun ini Santapan Tubal (ST) program yang diketuai oleh Rusdien Grind akan diadakan pada 10 dan 11 Jun 2017. ST merupakan acara seperti Food Not Bomb yang sudah berjaya diadakan sebanyak tiga kali sebelum ini memberi makan kepada golongan gelandangan. Tujuannya tidak lain adalah untuk memberi kasih kepada yang memerlukan. 

Anjuran kali ini Tubal Chetak bersama persatuan Karma UMS dan Azsafra. Peserta berpeluang untuk melihat bagaimana sebenarnya kehidupan penduduk kota yang bergelandangan. Pada masa yang sama membuka mata kita yang terlalu sibuk dengan hal kota.

"Mari teman teman yang gembira 

Kita lupakan hal politikus dulu
Kita jumpa kawan lama dulu di celah kota 
Sama sama kita merasa"
-Rusdien Grind

Melalui perkongsian pengarah di laman Facebook beliau ingin mengajak semua sahabat untuk sama-sama merasa kesusahan yang dihadapi orang lain. Seperti beliau juga sendiri pernah merasa tidak punya tempat tinggal ketika mula menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu. Pengalaman ini kemudiannya menjadi sandaran untuk terus melaksanakan program Santapan Tubal ini.

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Adai-Adai

Sumandak!

Ingat