Ucapan selamat hari bapa ini khas ditujukan kepada semua mereka yang bergelar bapa. Buat anak-anak yang sedang bersama atau tidak bersama bapa. Biar jauh di mata tapi dekat di hati. Terutamanya aku ucapkan kepada Abd Aziz Bin Hj Ladzim yang berusaha menjaga kami 9 beradik.
Dengarlah serangkap puisi buat Bapa.
Heroku
Telah berbunyi rapuh tulangmu
telah menitis peluh sayangmu
yang telah kau gunakan untuk sesuap nasi kami
yang mangkukmu selepas makan cuma sehelai daun
kenyangmu cuma segelas kopi
Telah hadir rasa sayang
selepas tidur kau selimutkan
dengan rasa cinta pada keluarga
Segarangmu sudah cukup menjadikan aku dewasa
semarahmu sudah cukup untuk menjadikan aku seorang lelaki
secebis katamu sudah mampu untuk kujahit menjadi baju
melindungi diri dari ancaman dunia ini
tanpamu
aku lembut lalu hanyut
M I Fitri
2017
Ulasan
Catat Ulasan
Terima Kasih atas komen yang anda berikan. Ianya amat berguna dan saya amat menghargainya.