Langkau ke kandungan utama

Wayang Piknik: Anur Nak Sekolah

Orkedmag menganjurkan #WayangPiknik di Bentarakata. Lokasinya berada di atas Affin Bank Gaya Street Kota Kinabalu. Sumbangan RM5 digunakan untuk membeli barangan di Cheshire Home
  19059321_1449997111730600_4315194981850477177_n

DETAILS:

Anur Nak Sekolah adalah sebuah dokudrama oleh Ronasina, pemenang Freedom Film Fest 2014 Grant Pitch Malaysia.

Durasi: 17 minit Bahasa: Bahasa Malaysia dengan sarikata Bahasa Inggeris
Lokasi: BENTARAKATA (tingkat 3, di atas Affin Bank ATM, Gaya Street)
Tiket: RM5 by donation (Wang yang diperoleh akan digunakan untuk membeli barangan keperluan untuk Persatuan Rumah & Perkhidmatan Cheshire Sabah)

Snek ringan disediakan (selagi stok masih ada).

Panel: Jennifer Liew, Bachelor Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM)

Jennifer Liew telah bekerja di Persatuan Rumah & Perkhidmatan Cheshire Sabah (Sabah Cheshire Home & Services) selama 18 tahun. Bersama-sama dengan staf, ahli terapi dan sukarelawan yang berdedikasi, beliau membantu individu dengan pelbagai kebolehan and keperluan penjagaan kesihatan khas untuk hidup berdikari dan mengakses hak-hak mereka sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).

ORKED MAG | www.orkedmag.com ·
Freedom Film Network | www.freedomfilm.my
Sabah Cheshire Home & Services | www.sabahcheshirehome.org

So, apalagi. Mari kita menonton sambil beramal. Nani terlepas pandai pula kau kata 'tak ajak'. Masa di hebahkan ni kau buat tak tau ja. Take note. Save the date!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

POTACHIPS Anjur Pertandingan Ular dan Tangga (Snake & Ladder)

Semalam telah berlangsung satu pertandingan mini di antara tiga Jagoan Kita-Kita Lah Bah Ini. Perlawanan tiga penjuru antara Qijan, Doop dan Misandao. Ia dibuat tiga pusingan dan pemenang mestilah memenangi sebanyak dua kali. Oleh itu, hanya SATU pemenang sahaja akan menerima hadiah berupa POTACHIPS Spicy. Hadiah Utama Keputusan Rasmi Qijan        - 0 Doop        - 2 Misandao - 1 Jadi, pemenangnya adalah Doop! SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DIUCAPKAN! P/S: Potachips yang kini sedang viral di laman sosial selaku penganjur merupakan pengusaha produk lokal crispy keropok yang berasaskan kentang. Ramai yang menganggap ianya bubuk sebenarnya bukan. Ia adalah kentang yang digarut halus dan digoreng bersama kacang dan bilis. Ia sangat sedap dimakan begitu saja atau dicampur dengan bubur, maggi, mee goreng dan nasi panas. Dapatkan tester anda sekarang dengan menghubungi saya:  0168051710 Khalas.

Sumandak!

Salam Blogger dan Salam Pembaca... Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK... Sumandak adalah bahasa dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah) Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik" Ya, saya setuju itu. Atukoi... Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka. Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah ta...

Tarian Adai-Adai

Penghargaan Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya memberikan kekuatan dan keyakinan dalam menghasilkan kerja kursus yang pertama ini buat hambanya yang super lemah dan serba serbi kekurangan.Dalam menghasilkan sesuatu kerja kursus ianya suatu proses yang memakan masa lama untuk membaca dan memahami serta menghayati setiap naskhah buku,laman web jurnal atau petikan-petikan ensiklopedia.Justeru dengan rezeki yang diberikan oleh tuhan iaitu kesihatan tubuh badan faktor utama kejayaan penghasilan kajian ini.Tidak dilupakan kepada Puan Sri Ningsih yang banyak memberi tunjuk ajar dan ruang masa kepada para pelajarnya dengan penuh dedikasi dan tauliah.Semoga tuhan akan memberikan kesihatan dan rezeki yang berlimpah ruah kepada puan.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang membantu dalam penghasilan kajian ini.Terima kasih semua. Setiap semester pelajar-pelajar tahun 1 Seni Kreatif (HA11) akan membuat kerja kursus di bawah kod kursus CA10103 Sejarah Tari yang di...