Langkau ke kandungan utama

Bahasa

Halaman ini menyenaraikan kesalahan bahasa yang sering berlaku dalam penulisan. Penulis akan mengemas kini senarai kesalahan dari semasa ke semasa. Penulis memohon teguran pembaca sekiranya berlaku kesalahan atau perubahan.

Penanda:
S    = Salah
B    = Betul
TG   = Tidak gramatis
G    = Gramatis

Senarai kesalahan

S : di masa hadapan (penggunaan 'di')
B: pada masa hadapan (penggunaan 'pada')

S: RMKe-10 (huruf 'e')
B: RMK-10 (tiada huruf 'e')

S: Senarai projek-projek ('Senarai' kata jamak ditambah dengan 'projek' kata jamak)
B: Senarai projek ('Senarai kata jamak ditambah dengan 'projek' kata tunggal)

S: Diperolehi (huruf 'i')
B: Diperoleh (tiada 'i')

S: Billion (dua huruf 'L')
B: Bilion (satu huruf 'L')

S: Ke 3/ Ke 12 (tiada tanda sempang)
B: Ke-3/ Ke-12 (ada tanda sempang)

S: sepertimana (dieja bersambung)
B: Seperti mana (dieja terpisah)

S: Agen pemasaran (Agen= sesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas)
B: Ejen pemasaran (Ejen= orang atau syarikat yang menjalankan perniagaan untuk orang lain)

S: mengambilalih (kata majmuk yang dieja rapat)
B: mengambil alih (kata majmuk yang dieja terpisah)

S: Scheduling (penggunaan istilah Inggeris)
B: Penjadualan (penggunaan istilah Melayu)

S: deraf (huruf 'e')
B: draf (tiada huruf 'e')

S: perlantikan
B: pelantikan (pelantikan, daripada proses melantik)

S: di antara Sabah dan Sarawak (padanan antara ialah dan)
B: di antara Sabah dengan Sarawak (padanan antara ialah dengan)

TG: ...sektor pertanian supaya diminta memantau.. (perkataan supaya)
G: ...sektor pertanian diminta memantau.. (tiada perkataan supaya)

TG: ...diminta memperbanyakkan lagi artikel (panjang)
G: ...diminta memperbanyak artikel (pendek)

S: Menemubual (dieja rapat)
B: Menemu bual (dieja jauh)

S: Menfokus (konsonan F, awalan 'men')
B: Memfokus (konsonan F, awalan mem)

S: Komersil (ejaan salah)
B: Komersial (ejaan betul)

S: Maklumbalas (dieja rapat)
B: Maklum balas (dieja jauh)

S: Urusetia (dieja rapat)
B: Urus setia (dieja jauh)

S: Senarai nama-nama (kata jamak 'senarai' dengan kata jamak 'nama-nama')
B: Senarai nama (kata jamak 'senarai' dengan kata tunggal nama)

S: Negara-bangsa (tanda sempang)
B: Negara bangsa (tiada tanda sempang)

S: Peruntukkan (kata kerja)
B: Peruntukan (Kata nama)

S: YB. (noktah)
B: YB (tiada noktah)

S: Halatuju (dieja rapat)
B: Hala tuju (dieja jarak)

S: dari masa ke semasa / dari semasa ke masa (bersilang)
B: dari masa ke masa / dari semasa ke semasa (tidak bersilang)

S: Mengubahsuai (dieja rapat)
B: Mengubah suai (dieja jauh)

S: Pengubah suaian (jauh walau ada imbuhan awalan dan akhiran)
B: Pengubahsuaian (dekat kerana ada imbuhan awalan dan akhiran)

S: Komplek
B: Kompleks

Ulasan

  1. mohon pencerahann perkataan hala tuju dieja jarak kenapa eh??

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima Kasih atas komen yang anda berikan. Ianya amat berguna dan saya amat menghargainya.

Catatan popular daripada blog ini

POTACHIPS Anjur Pertandingan Ular dan Tangga (Snake & Ladder)

Semalam telah berlangsung satu pertandingan mini di antara tiga Jagoan Kita-Kita Lah Bah Ini. Perlawanan tiga penjuru antara Qijan, Doop dan Misandao. Ia dibuat tiga pusingan dan pemenang mestilah memenangi sebanyak dua kali. Oleh itu, hanya SATU pemenang sahaja akan menerima hadiah berupa POTACHIPS Spicy. Hadiah Utama Keputusan Rasmi Qijan        - 0 Doop        - 2 Misandao - 1 Jadi, pemenangnya adalah Doop! SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DIUCAPKAN! P/S: Potachips yang kini sedang viral di laman sosial selaku penganjur merupakan pengusaha produk lokal crispy keropok yang berasaskan kentang. Ramai yang menganggap ianya bubuk sebenarnya bukan. Ia adalah kentang yang digarut halus dan digoreng bersama kacang dan bilis. Ia sangat sedap dimakan begitu saja atau dicampur dengan bubur, maggi, mee goreng dan nasi panas. Dapatkan tester anda sekarang dengan menghubungi saya:  0168051710 Khalas.

Sumandak!

Salam Blogger dan Salam Pembaca... Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK... Sumandak adalah bahasa dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah) Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik" Ya, saya setuju itu. Atukoi... Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka. Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah ta...

Tarian Adai-Adai

Penghargaan Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya memberikan kekuatan dan keyakinan dalam menghasilkan kerja kursus yang pertama ini buat hambanya yang super lemah dan serba serbi kekurangan.Dalam menghasilkan sesuatu kerja kursus ianya suatu proses yang memakan masa lama untuk membaca dan memahami serta menghayati setiap naskhah buku,laman web jurnal atau petikan-petikan ensiklopedia.Justeru dengan rezeki yang diberikan oleh tuhan iaitu kesihatan tubuh badan faktor utama kejayaan penghasilan kajian ini.Tidak dilupakan kepada Puan Sri Ningsih yang banyak memberi tunjuk ajar dan ruang masa kepada para pelajarnya dengan penuh dedikasi dan tauliah.Semoga tuhan akan memberikan kesihatan dan rezeki yang berlimpah ruah kepada puan.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang membantu dalam penghasilan kajian ini.Terima kasih semua. Setiap semester pelajar-pelajar tahun 1 Seni Kreatif (HA11) akan membuat kerja kursus di bawah kod kursus CA10103 Sejarah Tari yang di...