TARIAN TARIAN TRADISI:
SUKU IRANUN DI KG MARABAU
Pengenalan
Barangkali
ramai yang tidak mengetahui akan kewujudan tarian Ajung di dalam masyarakat
etnik di Sabah, khususnya suku Iranun di Kota Belud. Sebagai durian, pangsa
menunjukkan bangsa, daripada perlakuan kita boleh mengenal asal usulnya.
Kenalilah suku Iranun yang menetap di Kg. Marabau, Kota Belud sebelum melihat
apakah Tarian Ajung itu sendiri.
Asal-usul nama Kg. Marabau
Nama
Kg. Marabau diambil daripada pokok merbau yang banyak terdapat di kawasan ini.
Menurut informan, di setiap kawasan pinggir sungai ditumbuhi oleh pokok
tersebut. Kampung ini juga dikatakan diperintah oleh Kesultanan Marabau sebelum
kedatangan Inggeris (Mabulmaddin, 40).
Asal-usul Masyarakat Iranun
Perkataan
Iranun atau juga disebut Ilanun membawa maksud kasih-sayang. Suku Iranun ini
dikaitkan dengan hubungan kasih sayang antara mereka yang sangat rapat.
Kebanyakan para pengkaji Barat mengatakan masyarakat Iranun ini berasal dari
Filipina. Hal ini dibuktikan dengan corak kehidupan dan adat kepercayaan yang
hampir sama. Di Filipina disebut sebagai Maranao dan Magindanao. Maranao yang
bermaksud ‘Orang Tasik’. Masyarakat Maranao dan Iranun mempunyai kemahiran yang
tinggi dalam menghasilkan tenunan bermutu tinggi. Kedua-dua etnik ini juga
memiliki pegangan agama yang sama iaitu agama Islam. Maranao merupakan kumpulan
Islam yang terbesar di Filipina sekitar kawasan Marawi, Lumba a Bayabao dan di Bayang.
Suku Iranun mempunyai bahasa atau dialek yang tersendiri dipanggil sebagai Basa Iranun. Bahasa ini tergolong dalam
kumpulan bahasa Hesperonesia di dalam keluarga bahasa Austronesia (Encyclopedia of World Culture, 1993: 101). Penggunaan bahasa juga menjadi
salah satu perkaitan asal usul Suku Iranun di Kepulauan Borneo dan juga
Kepulaun Mindanao. Namun masih terdapat perbezaan dialek diantara satu kawasan
dengan kawasan yang lain. Terdapat juga cerita masyarakat setempat yang
mempercayai bahawa kewujudan masyarakat Iranun berkait dengan peristiwa Nabi
Adam dan hawa. Semasa usaha Nabi Adam mencari pasangannya Hawa, berlaku
penghijrahan dari timur ke barat. Oleh itu, masyarakat Iranun dikatakan
berketurunan Adam dan Hawa. Terdapat juga mitos mengenai ular besar yang
ditetak menyebabkan masyarakat setempat terpelanting ke kawasan pedalaman.
Kumpulan masyarakat yang tinggal adalah orang Iranun.
Penempatan Masyarakat Iranun
Menurut
En. Mabulmaddin Bin Shaiddin, 40, pada mulanya masyarakat Iranun bekerja
sebagai nelayan. Mereka menetap di kawasan pinggir sungai dan laut iaitu di Kg.
Tamau, Kg. Kaguraan, Kota Peladok, Kg Marabau, Kg Payas-Payas, Kota Bongan, Kg.
Nanamun, Kg. Pantai Emas, Kg. Peladok, Kg. Tampayan dan Kg. Rampayan Laut.
Menurut beliau lagi terdapat sebanyak 20 buah kampung yang majoritinya didiami
oleh masyarakat Iranun di Daerah Kota Belud.
Kebudayaan Iranun
Today,
features of the rich Iranun culture including horsemanship, traditional
costumes and costume decoration, textiles and others elements, are found
amongst neighbouring peoples. Iranun women continue to weave a variety of
traditional textiles using the traditional back strap loom, including tubau
(worn as the Iranun tinubau head cloth, Dusunic sigar, sigal and sigah, Bajau
tanjak, Brunei Malay dastar), siyambitan (elaborate discontinuous weft
textile), moga (striped textile worn as ceremonial tubular skirts by male
Rungus and Lotud dancers) and others.
(Jacqueline
Pugh-Kitingan: Warisan Seni Etnik Sabah, University Malaysia Sabah, 2005)
Berdasarkan pernyataan di atas, kebudayaan
lain suku Iranun juga meluas dalam bidang tenunan. Wanita suku Iranun memang
terkenal dengan hasil kraf tenunan tradisional seperti tubau, siyambitan, Moga dan barang-barang perhiasan pakaian
tradisional. Suku Iranun juga seperti
suku Bajau Kota Belud yang mempunyai kemahiran dalam menunggang kuda.
Tarian-Tarian Tradisi Iranun
Selain
daripada tarian Ajung, terdapat tarian lain iaitu Tarian Darangan Sumagayan, Tarian Mang-Mang Si Bumbungan, Tarian
Dayang Sulut Sulampid, Tarian Si Tubau, dan Tarian Yaya Sumagia.
Tarian Darangan Sumagayan
Tarian
ini berasaskan kepada pergerakan silat. Tarian ini menceritakan tentang
kepahlawanan Raja Iranun pada masa dahulu. Tarian ini ditarikan seramai tiga
atau empat orang penari lelaki dan wanita. Kemudian seorang akan memainkan
peranan sebagai penyanyi dipanggil Darangan.
Tarian ini juga dikatakan seperti drama tari yang mempunyai babak-babak
tertentu dalam menyampaikan cerita kepahlawanan raja tersebut.
Tarian Mang-Mang Si Bumbungan
Tarian
ini menceritakan tentang pengembaraan raja-raja yang belayar di atas kapal.
Cerita ini dipersembahkan dengan gerak tari yang lemah lembut seperti alunan
ombak. Alat muzik biola juga digunakan untuk mengiringi tarian. Kemudian para
pemantun akan berbalas-balas semasa tarian dan muzik dimainkan. Selain itu,
tarian ini juga diiringi dengan lagu Mang-Mang Si Bumbungan yang mengisahkan
situasi sepanjang pelayaran.
Tarian Dayang Sulut Sulampid
Dayang
Sulut Sulampid mewakili anak-anak muda samada lelaki atau perempuan masyarakat
terdahulu yang dipuji akan kecantikannya. Tarian ini juga dikatakan ditarikan
sempena menyambut kelahiran anak sulung. Lirik lagu yang dinyanyikan
mengutamakan mengenai persoalan kasih sayang di dalam persaudaraan.
Tarian Si Tubau
Tarian
Si Tubau juga antara tarian yang masih mengekalkan keasliannya. Tarian ini
ditarikan untuk meraikan pasangan pengantin. Semasa tarian ini dipersembahkan,
aktiviti berbalas pantun akan mengiringi tarian. Pantun akan dimulakan oleh
keluarga pengantin perempuan. Setelah itu, pihak pengantin perempuan akan
menyerahkan selendang Si Tubau kepada pihak pengantin lelaki sebagai tanda
membalas pantun. Begitu juga sebaliknya. Sekiranya pihak yang menjawab tidak
dapat membalas pantun, acara ini dianggap sudah tamat.
Tarian Yaya Sumagia
Tarian
ini menceritakan mengenai kasih sayang terhadap putera atau puteri raja. Tarian
ini asalnya untuk memujuk tuan Puteri atau tuan Putera yang merajuk akibat
ditinggalkan oleh ayahandanya. Kemudian ia menceritakan mengenai kehidupan tuan
Putera atau tuan Puteri semasa ketiadaan ayahandanya. Masyarakat percaya dengan
adanya ketabahan dan kesabaran tuan puteri atau putera, ayahanda mereka yang
telah merantau akan kembali ke pangkuan mereka.
Apa Itu Tarian Ajung?
Tarian
Ajung sebenarnya berasal daripada Parinang. Tarian Parinang pula diadaptasi ke
tarian Sumaranun dan dipanggil Tarian Ajung. Perubahan ini boleh dilihat
melalui rajah di bawah:
Rajah
1
Tarian Parinang bertujuan mengubati
pesakit yang digangggu makhluk halus. Parinang asalnya adalah gerakan pengubat
atau bomoh dalam membuat upacara ritual. Pengubat atau bomoh akan membaca
mantera atau jampi sebelum memulakan upacara. Kemudian, pesakit yang duduk
dihadapan pengubat akan di jampi sekali lagi. Setelah selesai jampian, pengubat
atau bomoh akan mengelilingi pesakit sambil membaca selawat. Perlakuan ini
disertakan dengan gerakan tarian tersendiri. Masyarakat dahulu juga mempercayai
bahawa semasa diubati sesetengah pesakit boleh bangkit dan menari (Rahmahwati
Binti Hj Samad, 53). Pergerakan inilah yang diambil untuk digarap di dalam
tarian Parinang. Debak iaitu salah satu alat muzik daripada buluh akan dipukul
mengiringi pengubat tersebut. Kemudian alat muzik yang lain seperti bebendil
(gong kecil), gong dan kulintangan akan turut dimainkan.
Tarian Sumaranun adalah adaptasi
daripada Parinang. Tarian ini mempunyai gerak tari dan muzik yang sama dengan
Parinang. Justeru, tarian ini juga diiringi selawat semasa menarikannya.
Bezanya adalah tarian ini dikhaskan untuk persembahan sahaja.
Walaubagaimanapun, gerakan pengubat masih digunakan dalam persembahan.
Oleh itu, tarian Ajung sebenarnya
adalah tarian Sumaranun yang diadaptasi daripada Parinang. Nama tarian Ajung
ini diambil sempena nama Ajung iaitu alat yang digunakan semasa mengubati
pesakit. Ajung ini memiliki tujuh bunga yang berlainan warna yang dicucukkan di
batang pisang. Warna ini mewakili setiap jenis raja atau jin. Sebagai contoh
Bunga Merah mewakili jin yang garang dan pemarah. Manakala Bunga Kuning
mewakili Raja atau Sultan. Setelah selesai upacara pengubatan Ajung ini akan
dihanyutkan ke sungai.
Fungsi
Tarian Ajung
Tarian Ajung berfungsi sebagai hiburan
di majlis-majlis keramaian. Seperti juga tarian lain, tarian ini berasal
daripada upacara ritual. Kini, ia berfungsi sebagai hiburan untuk meraikan
sesuatu di dalam sebuah majlis yang besar. Sebagai contoh meraikan orang-orang
kenamaan yang datang ke dalam masyarakat Iranun.
Gerak
Tari Tarian Ajung
Gerak tari di dalam Tarian Ajung ini
berasaskan kepada pergerakan di dalam upcara Parinang. Gerakan yang diambil
diperhalusi menjadi satu garapan tarian yang mempunyai keindahan tersendiri.
Antara pergerakan tersebut ialah Dsayud (menghayun),
Sayub (Limbai), Mbireng (berpusing), Ibpuru
su’ lima, kelengen su’ palad a Lima (mengangkat tangan dan berpusing), Bpaguntud (duduk), Otindeg (berdiri), Gkinasadan
(cekak pinggang) dan Bpaninsing (tarik
kain atau samping).
Penggiat
Tarian Ajung
Tarian Ajung semakin dilupakan.
Kebanyakan pengamal perubatan Parinang juga telah tiada. Sebagai usaha untuk
memelihara tarian ini, tiga orang penggiat seni iaitu Pn. Asfiah Abu Bakar, Pn
Rahmahwati Binti Hj. Samad dan Pn. Hjh. Asfiah Binti Hj. Samad telah mengajar
kanak-kanak dalam lingkungan umur lima tahun hingga dewasa mengenai tarian Ajung
sebagai permulaan. Kemudian, wujudnya satu persatuan di bawah pimpinan Pn
Asfiah Abu Bakar dan Pn. Rahmawati Binti Hj Samad iaitu Persatuan Tarian Iranun
yang berpusat di Kg. Merabau, Kota Belud. Persatuan ini memberi tumpuan hanya
kepada Tarian Sumaranun.
Usaha
ketiga-tiga penggiat tarian Sumaranun dalam memelihara tarian ini patut dipuji
dan diberi sokongan yang padu agar tidak ditelan zaman. Kesenian yang terdapat
di dalam tarian ini sememangnya memiliki keindahan tersendiri yang melambangkan
keperibadian masyarakat Iranun terdahulu. Pendekatan mengajar golongan
kanak-kanak merupakan satu teknik yang melentur buluh daripada rebungnya. Pendedahan
awal kanak-kanak seawal usia lima tahun dapat menanamkan semangat cintakan
budaya. Disamping menjadikan kebudayaan itu terus terpelihara dan disemadikan
di dalam kehidupan masyarakat moden kini, kemana lagi tumpahnya kuah kalau
tidak ke nasi.
Penghargaan
Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya memberikan kekuatan dan keyakinan dalam menghasilkan kerja kursus yang pertama ini buat hambanya yang super lemah dan serba serbi kekurangan.Dalam menghasilkan sesuatu kerja kursus ianya suatu proses yang memakan masa lama untuk membaca dan memahami serta menghayati setiap naskhah buku,laman web jurnal atau petikan-petikan ensiklopedia.Justeru dengan rezeki yang diberikan oleh tuhan iaitu kesihatan tubuh badan faktor utama kejayaan penghasilan kajian ini.Tidak dilupakan kepada Puan Sri Ningsih yang banyak memberi tunjuk ajar dan ruang masa kepada para pelajarnya dengan penuh dedikasi dan tauliah.Semoga tuhan akan memberikan kesihatan dan rezeki yang berlimpah ruah kepada puan.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang membantu dalam penghasilan kajian ini.Terima kasih semua.
Setiap semester pelajar-pelajar tahun 1 Seni Kreatif (HA11) akan membuat kerja kursus di bawah kod kursus CA10103 Sejarah Tari yang diajar oleh puan Sri Ningsih Sukirman.Melalui kursus ini saya mendapat masalah dalam mencari bahan yang diperlukan seperti sejarah tarian,abjad tarian,struktur tarian dan pakaian tradisi serta alat solekan.Maklumat-maklumat yang saya perolehi kebanyakannya daripada laman web.Hal ini juga buku-buku yang saya cari di perpustakaan tiada terdapat kerana telah dipinjam atau dialihkan ke tempat lain.contoh buku yang saya cari ialah seperti Asmad. Kesenian Tari. Melaka : Associated Educational Dist., 1990.Selain itu,kekangan masa juga menjadi salah satu masalah dalam membuat kerja kursus ini.Buku-buku ini juga berada di tempat Wisma Kebudayaan Sabah yang terletak di Kota Kinabalu.Oleh kerana kekangan masa yang menghimpit,saya tidak berkesempatan untuk pergi ke sana.
Walaupun begitu saya banyak mendapat maklumat mengenai tarian di daerah saya sendiri yang selama ini saya tidak ambil kisah atau peduli.Kursus ini memberi banyak pengajaran untuk tidak mengambil mudah terhadap perkara-perkara yang mudah.Setiap perkara itu mempunyai kepentingan dan sebabnya yang tersendiri.Sebagai pelajar yang baru di Universiti Malaysia Sabah mengharapkan banyak lagi pengajaran yang akan di beri oleh para pensyarah seperti puan sri Ningsih sendiri.Kursus ini memerlukan kita banyak berfikir dan menghayati nilai-nilai estetik yang terdapat di dalam sesebuah karya seni itu.Seni memerlukan nilai estetik,walaupun tiada penonton.Barulah apresiasi seni wujud dalam karya-karya yang penuh dengan norma-norma kehidupan dan keindahan alam semesta.
Semoga dengan terhasilnya kajian ini dapat memberi manfaat dan panduan kepada sesiapa yang membacanya.Saya juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan dalam penulisan ini kerana manusia makhluk yang lemah,serba serbi kekurangan.Yang baik datangnya dari tuhan,yang buruk datangnya dari diri saya sendiri.
Seni tari dipercayai di dalam kehidupan manusia sebagai salah satu alat komunikasi awal manusia dalam bahasa gerak dan bunyi yang mereka tiru dari alam di sekitar kehidupan mereka. Pergerakan dan bunyi-bunyi semulajadi inilah yang melahirkan tarian-tarian awal yang berkait rapat dengan kuasa-kuasa mistik. Sejak tarian ini wujud dan menjadi salah satu daripada aspek kebudayaan kita hanya dapat katakan bahawa gerak tari itu lahir serentak dengan kelahiran atau kewujudan manusia di alam ini. Memandangkan tarian merupakan dianggap sebagai salah satu alat komunikasi ianya tidak memerlukan apa-apa peralatan kecuali tubuh badan penari. Pada ketika itu,muzik yang terhasil daripada hentakan kaki dan tepukan tangan sahaja yang mengiringi para penari sejajar dengan keadaan tamadun awal manusia.
Pada masa kini kebudayaan diertikan sebagai manifestasi kehidupan setiap orang atau masyarakat. Ianya meliputi segala perubatan manusia seperti dalam bidang kesenian seumpama tarian. Manakala tradisi pula difahami sebagai pewarisan atau penerusan norma-norma, adat istiadat dan sebagainya dan tradisi tersebut bukanlah sesuatu yang tidak boleh diubah, malah mengalami perubahan akibat perubahan sosial yang berlaku kerana pengaruh dan perkembangan teknologi dari luar, pertambahan penduduk, pengaruh-pengaruh universalisme dan aspirasi-aspirasi masyarakat.
Menurut MOHD GHOUSE NASURUDIN (1994:xiii) dalam bukunya yang bertajuk Tarian Melayu menyatakan:`......tarian satu bentuk universal perhubungan bukan lisan.Melaluinya kita dapat menghayati ciri-ciri budaya sesuatu suku kaum seperti nilai,norma,emosi dan tabiat semulajadi.ia membentuk aspek integral dalam jalinan sosial dan menyediakan fungsi keagamaan atau sekular atau kedua-duanya,bergantung pada bentuk masyarakat itu.’
Selain itu,beliau juga menyokong bahawa tarian pada mulanya tidak memerlukan sebarang peralatan atau alat muzik,kecuali tubuh badan manusia sahaja.Mereka mengadaptasi keadaan persekitaran ke dalam struktur dan abjad tarian.Tarian juga di hasilkan berdasarkan kefungsiannya dalam upacara keagamaan.
Pada zaman moden ini,Mohd Ghouse Nasurudin menyatakan, `Tarian menjadi bahagian integral dan berfungsi dalam masyarakat manusia.Ia membentuk asas merasionalisasi fenomena semulajadi yang tidak dapat diduga atau dimengerti.’
LATAR BELAKANG TARIAN TRADISI BRUNEI
Kewujudan tari pada asalnya yang berbentuk ritual selain daripada bertujuan untuk pemujaan dan penyembahan juga mengandungi unsur-unsur pendidikan dan hiburan. Di zaman pra-sejarah apabila seluruh aspek kehidupan manusia mengarah dan percaya kepada semangat maka tarian juga dihubungkan dengan semangat itu; maka lahirlah tarian-tarian rakyat seperti Tarian Anding, Tamarok, Alai Bubu, Alai Sekap, Tarian Lesung dan seumpamanya.
Apabila berlaku perkembangan dan perubahan dalam sejarah tamadun manusia dan apabila kebudayaan berkembang, tarian juga turut mengalami perubahan dan penyesuaian, maka lahirlah tarian-tarian tradisi seperti Tarian Samalindang, Adai-Adai, Aduk-Aduk, Naindung dan tarian-tarian tradisi lainnya. Kemunculan tarian-tarian tradisi ini dikatakan bermula pada akhir tahun 1950-an di Majlis Makan Malam bagi meraikan lawatan tetamu negara iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong I Persekutuan Tanah Melayu. Bermula daripada persembahan di majlis itu ianya telah dijadikan titik tolak kepada persembahan awal tarian-tarian tradisi kepada orang ramai.
Jika kita tinjau kewujudan tarian-tarian ini kebanyakan dicipta melalui adaptasi lagu-lagu Brunei Asli yang disesuaikan dengan irama dan suasana lagu itu dinanyikan seperti Lagu 'Adai-Adai'. Lagu ini lazimnya dinanyikan oleh kaum nelayan ketika hendak pergi atau pulang dari menangkap ikan. Daripada kisah tersebut diciptalah tarian yang menggambarkan keriangan, kepenatan dan aktiviti kaum nelayan. Begitu juga dengan 'Alus Jua Dendang' yang mengisahkan pertemuan dua mempelai dalam suasana gembira, malu dan pujuk memujuk di malam selepas persandingan yakni dinamakan 'Malam Berambil-Ambilan'. Sesuai dengan senikata lagu tersebut maka lahirlah tarian 'Alus Jua Dendang'. Lain halnya dengan 'Tarian Samalindang' yang dicipta berdasarkan hipotesis kisah hidup seorang gadis yang bernama Siti Samalindang yang mempunyai keistimewaan bukan sahaja daripada paras rupa yang cantik tetapi juga mempunyai tingkah laku yang sopan dan rajin serta dengan sifat-sifat yang terpuji. Daripada itu Tarian 'Samalindang' dicipta mengandungi falsafah dan perutusan yang menunjukkan sifat gadis Siti Samalindang.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Tarian Adai-adai merupakan suatu tarian tradisional masyarakat Melayu Brunei yang berada di Sabah,khususnya di Kg.Weston Beaufort,Sabah.Tarian ini pada asalnya merupakan suatu lagu yang berbentuk pantun dan dinyanyikan beramai-ramai.Tiada alat muzik yang khas digunakan pada awal mulanya tarian ini di perkenalkan.Muzik yang dihasilkan adalah hasil daripada hentakan pengayuh di bahagian pinara sampan dan perahu yang didayung serta pukulan buyung atau keduit.Biasanya,tarian ini juga di persembahkan dalam majlis-majlis keramaian.
Tarian yang dilakukan oleh pasangan empat lelaki dan empat perempuan ini diiringi oleh pukulan rebana dan gambus serta nyanyian dengan rentak hampir sama dengan rentak tarian japin yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Tarian Adai-Adai biasanya diadakan semasa keramaian suku kaum Brunei ataupun menyambut ketibaan orang-orang kenamaan. Penari-penarinya juga memakai pakaian khas yang berwarna warni.
Kesemua tarian suku kaum Kedayan dan Brunei berfungsi sekular, iaitu dipersembahkan hanya untuk hiburan dan keramaian dan bukan untuk memuja roh atau semangat kerana suku kaum ini beragama Islam yang melarang sebarang pemujaan selain Tuhan. Jenis tarian dalam kalangan suku kaum ini ialah mendayut, adai-adai dan samalindang yang ditarikan semasa perkahwinan dan temasya hiburan yang lain. Dalam kalangan suku kaum Kokos terdapat tarian melinggok, dansa dan silong tinubou, dari suku kaum Irranun, tarian anding, dan tarian ambailuk dari suku kaum Tidung.
Ragam Gerak
Tarian Adai-adai ditarikan dengan lenggok tangan yang digerakkan ke atas dan ke bawah,ke hadapan dan ke belakang dengan penuh kelembutan Penari wanita akan memegang satu alat iaitu nyiru atau alat untuk menampi padi.Manakala penari lelaki akan memegang pendayung sampan.Kedua-dua alatan ini melambangkan suasana perkampungan nelayan di sesebuah tempat.Terdapat sesetengah tempat yang tidak menggunakan alatan seperti ini.Pergerakan di antara gerak tari lelaki dan wanita adalah berbeza.Tarian ini mementingkan akan kelembutan lemah gemalainya penari itu sendiri. Persembahan dan pertunjukan tarian tradisi pada awalnya bergantung kepada fungsi sesebuah tarian itu.Namun tarian adai-adai bersifat sekular yang tidak berasal daripada keritualitan.
Rajah 2 menunjukkan contoh pakaian yang dipakai dalam Tarian Adai-Adai
Pakaian/kostum
Pakaian dalam tarian daling-daling adalah baju kebaya bagi wanita dipasangkan dengan gaun singkat hingga paras lutut.Manakala lelaki memakai pakaian untuk pergi ke laut seperti topi yang berbentuk kon(siraung),seluar singkat hingga paras lutut dan sehelai kain pelikat yang disilang di bahu.Kesemua pakaian tarian ini hampir sama seperti di semua tempat.
Tarian adai-adai tidak memerlukan solekan pada asalnya kerana ianya tidak dilakukan untuk beramai-ramai tetapi sebagai penyambut kepada para nelayan oleh isteri dan keluarga mereka.Namun begitu dalam persembahan di istana atau majlis keramaian alat solek di kenakan sebagai penambah seri kepada seri panggung iaitu penari wanita.Solekan ini akan menambahkan lagi seri persembahan dengan keayuan dan kelembutan garap tari tersebut.
Alat-alat muzik pada awal kemunculan tarian ini diperkenalkan dikatakan tidak ada suatu alat yang khusus.Hal inin kerana mereka hanya menggunakan teriakan mulut,berpantun,menghentak kaki,memukul pendayung di bahagian tepi sampan,buyung atau keduit.Namun begitu,pada masa kini pelbagai alat seperti gong,kulintangan,gamelan dan banyak lagi di adaptasikan ke dalam tarian adai-adai.Peralatan moden atau peralatan barat juga digunakan untuk memeriahkan lagi dan menambahkan nilai estetika dalam tarian tersebut.
Antara props yang digunakan dalam tarian adai-adai ialah pendayung sampan dan nyiru.Props Nyiru berfungsi sebagai alat untuk membawa hasil laut yang di bawa oleh para nelayan.Kaum wanita kebiasaannya akan membawa bersama nyiru ini ketika kepulangan suaminya.Pendayung pula berfungsi sebagai alat untuk menggerakkan sampan atau perahu yang digunakan pada waktu dulu.
Kesimpulannya,Tarian adai-adai merupakan suatu tarian tradisi yang diamalkan oleh suku kaum Melayu Brunei khasnya di kg.Weston Beaufort Sabah.Tarian ini bersifat secular pada asalnya dan akhirnya menjadi suatu bidang seni yang harus dijaga dan dikekalkan dalam kebudayaan etnik di Sabah.Langkah-langkah pemuliharaan dan pemeliharaan giat dijalankan yang member impak yang baik kepada suku kaum Melayu Brunei.
By,
Acil
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Pengenalan.
Menurut kamus dewan seni didefinisikan sebagai karya yang dicipta dengan bakat hasil daripada sesuatu ciptaan.Manakala kesenian bermaksud perihal seni yang berkaitan dengan seni,keindahan atau kehalusan.
Seni merupakan satu cara dalam menzahirkan apa yang tersirat di dalam diri seseorang. Walaupun dalam dunia yang serba-serbi canggih, namun manusia ada ketikanya akan menzahirkan perasaan,pendapat atau perbuatan dalam bentuk puisi, pantun, lirik lagu, syair gurindam, perumpamaan dan sajak. Kesemua ini jelas menunjukkkan bagaimana seni itu menzahirkan sesuatu yang berkaitan dengan keindahan.Namun begitu setip seni itu mempunyai mesej yang jelas. Dr. Sidi Gazalba menyatakan bahawa: …seni itu indah dan indah itu adalah baik. Menurut beliau sesebuah karya seni itu perlu ada unsur-unsur kebaikan, kebenaran dan nilai-nilai moral yang tinggi.
Seni boleh dihasilkan tanpa penonton tetapi tidak sekiranya tidak mempunyai nilai-nilai estetika didalamnya. Selain itu,Sesebuah seni itu memerlukan apresiasi. Jika tidak,karya itu tidak akan member makna kepada penonton atau orang yang menilai sesuatu seni tersebut. Apresiasi ialah suatu pengiktirafan terhadap karya seni secara formal atau tidak formal. Apresiasi seni itu juga berada dalam ruang lingkup disiplin seni. Untuk mencapai suatu disiplin seni itu perlu melalui dua pendekatan iaitu melalui pemahaman seni yang dibuat dan kajian yang dijalankan menurut kronologi zaman. Menurut Tansley dan Kliener(1996):Pendekatan melalui kajian dan pemahaman seni yang dibuat melalui kajian perkembangan seni menurut kronologi zaman. Kedua menurut Otto G.Ocvirk (1994) ialah kajian dengan membuat apresiasi karya itu sendiri.
Seni akan berbeza-beza menurut apa yang dimahukan oleh pembuatnya. Ia boleh lahir dari beberapa aspek seperti pemikiran, zaman, agama, budaya ataupun secara abstrak. Seni yang dihasilkan juga tidak akan dapat memenuhi keseluruhan kehendak keseluruhan penonton seni, tetapi mungkin kepada sebilangan sahaja. Ini mungkin disebabkan mesej yang ingin disampaikan berlainan dengan penerimaan penonton seni. Seni boleh dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama ialah bidang visual yang meliputi fotografi, lukisan, catan dan cetakan. Bahagian kedua ialah bidang binaan yang meliputi seni bina, kraftangan, kerja seni yang melibatkan pelbagai jenis bahan contohnya seramik, tekstil, anyaman dan lain-lain. Bahagian yang ketiga pula ialah bidang seni persembahan yang meliputi drama, music, tarian dan teater.
Sejarah Tarian.
Tarian dikatakan wujud semenjak wujudnya tamadun awal manusia. Asalnya tarian bermula daripada upacara ritual yang bertujuan untuk memuja semangat tertentu mengikut amalan masing-masing. Semasa zaman primitf, upacara ini dipengaruhi oleh keadaan sekeliling ataupun kosmos. Upacara pemujaan ini muncul akibat beberapa sebab seperti masalah kebuluran, kemarau yang panjang, dan wabak penyakit. Mereka mula mempercayai bahawa terdapat bahawa terdapat kuasa lain yang menyebabkan perkara ini, maka mereka melakukan upacara-upacara ini. Selain daripada upacara memohon sesuatu daripada kuasa alam, upacara ini juga diadakan bagi majlis-majlis tertentu-tentu, contohnya majlis bayi yang baru lahir, dan untuk memperingati mereka yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam sesuatu organisasi atau puak.
Tarian juga dipengaruhi oleh gerakan kehidupan seharian.Contohnya dalam pergerakan penanaman padi,menahan rasa lapar ataupun menundukkan kepala tanda sebagai menghormati seseorang.Tarian pada zaman ini juga dipengaruhi oleh aspek emosi seseorang. Contohnya apabila ingin menunjukkan situasi marah,tarian yang dipersembahkan akan ditunjukkan dalam keadaan yang lebih tegas. Tarian ini diciptakan dan dipersembahkan bukan dalam bentuk hiburan tetapi lebih kepada tujuan perlindungan kepada sesuatu organisasi ataupun puak tertentu.
Selain itu,tarian juga dipercayai sebagai salah satu alat komunikasi awal manusia dalam bahasa dan gerak tari itu sendiri. Mereka mengambil gerakan tari tersebut melalui pemerhatian mereka terhadap alam sekitar.Melalui pemerhatian inilah maka gerakan ini terhasil.Sebagai salah satu tradisi yang sudah tua,tarian awal tidak memerlukn sebarang peralatan dari segi persembahan dan juga aksesori yang dikenakan.Hanya memerlukn tubuh badan manusia sahaja.
Kewujudan tarian sebagai satu bidang seni dikatakan berdasarkan abjad tari dan persembahannya mempunyi nilai-nilai estetik yang tinggi.Suatu pergerakan,ragam atau pola lantai yang terhasil juga mempunyai maksudnya yang tersendiri
Contoh-contoh Tarian Barat
Tango
Tango merupakan tarian yang berasal dari Buenos Aires di Argentina. Tango telah berkembang di Argentina dan Uruguay pada kurun ke 19. Tarian tango adalah campuran musik eropah, afrika dan gauchos ataupun golongan koboi di amerika selatan. Pada masa itu mereka menganggap Tango adalah salah-satu cara hidup, dan merupakan tarian untuk menyampaikan perasaan. Pada awalnya tango di gelar Tango Criollio. Pada masa kini terdapat beberapa jenis Tango, contohnya Argentine Tango, Ballroom Tango, Finnish Tango dan Chinese Tango. Music dan elemen tarian Tango amat menarik, ia memberikan perasaan yang dramatic dan peluang untuk membuat tarian yang lebih baik, berkisarkan cinta. Tango ditarikan didalam barisan, dengan menggunakan postur badan yang dekat, dada dan pipi bertemu antara dua penari. Namun Tango Nuevo telah menukar dan membenarkan tarian ini bergerak secara bebas tetapi satu perkara yang pasti Tango bukanlah tarian berulang dan sentiasa dalam mod improvisional.
Mambo
Tarian Mambo sangat popular dan merupakan tarian yang berbentuk sensual, dengan rentak Afrika dan Cuba. Nama Mambo berasal dari Bantu Drum. Ayat Mambo bermaksud “ berbicara dengan tuhan” dan gendang ini digunakan untuk upacara ritual dan sakral. Tarian ini merupakan tarian yang dikembangkan dengan dari negara inggeris dan menyusup ke Cuba melalui imigran. Ia dinamakan sebagai Danza, iaitu tarian Cuba. Tempo dan pergerakannya ini kemudian bergabung dengan rentak Afrika dan Cuba secara perlahan-lahan dan kemudian menghasilkan satu rentak dan gaya baru.
Peredaran zaman turut mengubah tarian Mambo ini daripada upacara ritual kepada pertandingan. Semasa dalam pertandingan,setiapn pasangan akan mencuba sesuatu yang baru agar tarian ini kelihatan lebih meriah.Tarian ini agak berbeza daripada tarian yang lain akibat daripada perasaan sensual yang disengajakan dan aspek dramatik yang ingin disampaikan. Dalam persembahan tarian mambo moden,para penari haruslah mematuhi etika-etika tarian untuk mengelakkan terjadinya perkara yang tidak diingini.
Contoh Tarian di Malaysia
Tarian Mangunatip
Selain itu,terdapat juga tarian yang di tarikan dalam etnik di Malaysia khususnya Sabah seperti tarian mangunatip. Tarian manggunatip ini ditarikan oleh suku kaum murut Kuhijau (Kwijau) di daerah Tenom. Hal ini kerana daerah Tenom mejoritinya diduduki oleh suku kaum Murut. Selain daripada itu, tarian manggunatip ini juga berasal daripada perkataan ”magansip” dalam bahasa murut Timugon yang bererti ketip dan dari perkataan ”magansip” ini diubah kepada ”manggunatip”. Selain itu, tarian manggunatip ini juga berasal daripada perkataan ”apit” yang bermaksud jepit. Hal ini membawa maksud, ketika menari kaki penari terjepit atau terapit diantara dua batang kayu (buluh).
Pakaian Tradisi Mangunatip
Pakaian tradisi untuk penari perempuan dalam tarian manggunatip ini di panggil pinongkolo, pipirot, salupai, sinikot, rarangkol, dan holong. Pinongkolo merupakan pakaian tradisi bagi wanita yang terdiri daripada baju dan gaun yang panjang berwarna hitam, dan dihiasi dengan manik-manik. Baju yang dihiasi itu dipanggil babaru linantian dan gaun tersebut pula tapi linantian. Pipirot merupakan antara perhiasan yang digunakan oleh penari perempuan, dimana pipirot ialah tali pinggang yang berbentuk syiling perak iaitu pipirot linggit dihiasi dengan pelbagai manik-manik yang terkenal seperti aki-aki, nampalur, kotos, bungkas, aki’ dan olod. Manakala salupai pula merupakan hiasan kepala yang dihiasi dengan manik-manik. Sinikot pula merupakan hiasan yang digunakan pada rambut. Sinikot merupakan tiga set pin rambut yang dihiasi dengan sinikot tataun di bahagian tengah dan dua sinikot surai di kedua-dua bahagian sanggul. Sinikot tataun mempunyai tali yang panjang dan dihiasi dengan manik-manik. Rarangkol pula adalah rantai leher yang dihiasi oleh manik-manik yang di pakai oleh penari perempuan. Rarangkol merupakan rantai yang terdiri daripada beberapa jenis manik seperti bungkas, kotos, aki’ pangungupu’, bulul, olod dan sebagainya. Holong pula merupakan beberapa pasang gelang yang diperbuat daripada kulit kerang yang besar dipanggil holong sulou.
Pakaian tradisi untuk penari lelaki dalam tarian manggunatip pula dipanggil babaru puputul, aba puputul, dan tupi’ sinulatan. Babaru puputul merupakan Kulit kayu. Kulit kayu tersebut didapati daripada pokok puputul (Artocarpus Kunstleri). Ia dipotong mengikut kepanjangan yang sesuai dengan fesyen jaket tanpa lengan dan cawat. Sabut daripada daun nenas juga digunakan dan dihiasi dengan motif manik-manik buatan tangan yang sederhana. Aba puputul pula merupakan cawat sekurang-kurangnya sepanjang dua meter yang dibuat daripada isi kulit kayu dari pokok puputul. Kain yang melepasi antara kedua-dua kaki dan dililit di sekeliling pinggang. Antara hiasan bagi penari lelaki ialah tupi’ sinulatan. Tupi’ sinulatan ialah perhiasan kepala yang diperbuat daripada kulit pokok kayu yang dihiasi dengan bulu-bulu sebaik-baiknya daripada tuwou (Argus Pheasant) atau sepasang sinikot. Pakaian yang dipakai oleh penari yang dihiasi oleh manik2manik itu menpunyai motif-motifnya tersendiri.
Antara bentu-bentuk motif yang terdapat pada pakaian tradisional Murut ialah sinasau’ iaitu corak bulu burung merak, inimbaru iaitu corak berbentuk lintah, inakaong iaitu corak berbentuk daun daripada pokok puputul yang disusun bersilang-silang dalam satu barisan, kalayam manuk iaitu corak berbentuk kaki ayam, sinusulou iaitu corak berbentuk sulou (sulou = kerang besar), dan mato nu orou yang coraknya berbentuk matahari.
Alat Muzik
Terdapat pelbagai alat muzik digunakan untuk upacara-upacara yang tertentu. Pada masa yang sama, alat-alat muzik ini berfungsi sebagai alat penyebar maklumat, lambang budaya bangsa dan adakalanya sebagai peralatan ritual yang dapat menghubungkan manusia dengan alam luar biasa (magis). Di sabah, khusuhnya dareah Tenom ini, menggunakan paluan gong dan kulintangan sebagai muzik yang mengiringi tarian manggunatip ini. Terdapat beberapa jenis bunyi gong. Antaranya ialah Talacakon, Lakuyon, Langikon , jojolon, Alipangon, Igalon, Tingkaraan, Kutambuon, Taubon, dan Canang .
Tetapi bagi tarian manggunatip ini, ianya diiringi oleh paluan gong yang diberi nama tingkaraan. Kebanyakan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli. Sebagai contoh, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan togunggak diperbuat daripada buluh. Alat lain seperti gambus, kompang dan gendang diperbuat daripada kulit kambing. Gong dan kulintangan juga diperbuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuat daripada giman, sejenis gentian pokok palma. Selepas selesai menari tarian manggunatip ini, alat muzik yang digunakan mestilah disimpan dengan elok. Hal ini kerana, alat muzik yang digunakan ini (gong) mempunyai pantang larangnya yang tersendiri. Antaranya ialah, gong yang digunakan tidak boleh dipijak dan tidak boleh di duduk. Jika ada yang terlanggar pantang-pantang ini, beliau akan mendapat bala. Antaranya ialah, akan mendapat kesusahan dan mausung dalam bahasa Murut atau punggungnya akan besar.
Asal-usul alat-alat muzik tradisional adalah masih lagi dalam kesamaran lantaran tiada bukti yang kukuh mengenai kewujudannya. Walau bagaimanapun, secara amnya muzik tradisional kita dipercayai bermula dari masyarakat primitif yang mengamalkan kepercayaan animisma. Mereka menggunakan tarian (pergerakkan) dan bunyi-bunyian (muzik) dalam upacara penyembahan terhadap kuasa-kuasa ghaib. Pada mulanya muzik dihasilkan dengan suara, tepukan tangan, hentakan kaki dan ketukan kayu. Lama-kelamaan alat-alat seperti seruling mula dicipta akibat dari dorongan akal dan hasrat batin mereka untuk memeriahkan lagi upacara sembahyang mengikut kepercayaan animisma yang dianuti. Pengaruh animisma begitu dominan sekali dan penting sebagai "perlude" dalam setiap persembahan Wayang Kulit dan Mak Yong di Kelantan pada satu ketika dahulu. Namun setelah kedatangan agama Islam maka disiplin teater berkenaan telah menjadi lebih murni dan bermoral. Unsur-unsur yang disifatkan bertentangan dengan nilai-nilai agama Islam telah mula terhakis dan segala "jampi serapah" telah digantikan dengan "doa-doa" pendek.
Sejarah muzik Melayu juga harus dilihat dari sudut dunia Melayu lama yang merangkumi Malaysia, Indonesia, sebahagian negeri Thai, Kampuchea dan Filipina. Terdapat banyak persamaan dari segi alat dan struktur muzik yang digunakan. Walaupun telah dipengaruhi oleh unsur-unsur muzik asing misalnya muzik dari Timur Tengah, Hindu, Indonesia dan Thai, bentuk dan jenis muzik Melayu berjaya mewujudkan identitinya yang tersendiri. Berdasarkan tinjauan yang telah dibuat telah membuktikan bahawa alat-alat dari jenis "knobed gong" dan "mouth organ" seperti "Sompoton" dan "Engkerurai" yang terdapat di Sabah dan Sarawak adalah bermula dari kawasan Asia Tenggara dan tidak pernah menerima pengaruh dari luar.
Pendek kata kebanyakan alat muzik Melayu, kecuali alat-alat gamelan dan angklung adalah berasal dari Timur Tengah dan India serta dibawa ke dunia Melayu melalui agama Hindu dan Islam. Rebab, gendang, rebana, tar dan serunai menyokong pendapat ini. Hanya gong sahaja berasal dari Asia. Lama-kelamaan alat-alat ini telah diserapkan ke dalam negara masing-masing dan membentuk ciri-ciri yang tersendiri tanpa kehilangan identiti asal mereka dan telah digabungkan dengan alat-alat muzik lain untuk menghasilkan muzik Melayu.
Ragam Gerak Tarian Mangunatip
Kepelbagaian kaum di Malaysia memaparkan keunikan kesenian di antara satu sama lain. Tarian tradisi mencerminkan identiti sesuatu suku kaum dengan agak nyata. Kaum Melayu terkenal dengan langkah-langkah yang lembut dan gemalai, kaum Cina dengan tarian yang berbentuk perlambangan (kipas, payung, topeng) manakala kaum India, tariannya lebih bersifat ritual keagamaan. Selain itu, kaum peribumi pula mempunyai gerak tari yang tersendiri dan mengambilkira unsur-unsur alam sekeliling seperti flora dan fauna. Begitu juga dengan tarian manggunatip ini yang menpunyai ragam geraknya yang tersendiri. Dalam tarian manggunatip di daerah Tenom ini hanya terdapat dua ragam gerak. Iaitu kaki dan tangan.
Ragam gerak tangan ialah gerakan tangan yang lebih tertumpuh kepada bahagian pergelangan tangan. Bagi penari wanita, gerakan ragam gerak tangan adalah lembut. Hal ini dimana kedudukan tangan adalah diparas bahu, dan gerakan pergelangan tangan adalah lembut dan diputarkan mengikuti alunan muzik (gerakan pergelangan tangan adalah mengikut arah jam). Manakala bagi kaum lelaki pula, ragam gerak tangan adalah lebih kasar berbanding penari wanita. Selain itu, kedudukan tangan penari lelaki adalah d atas paras bahu dan separas dengan kedudukan telinga penari lelaki. Pergerakan pergelangan tangan juga diputarkan mengikut alunan muzik (gerakan pergelangan tangan adalah mengikut arah jam). Bagi suku kaum Murut Timugon, gerakan ini bermaksud meraihkan kemenangan selapas berperang dan pergelangan tangan diputarkan mengikut arah jam kerana ingin memanggil orang-orang kampung untuk turut serta menari.
Manakala bagi gerakkan kaki pula, kaki penari akan bergerak ke kanan dan ke kiri mengikut irama muzik dan semasa buluh dipukul atau dikepitkan mangikut rentak gong, penari akan memasukkan kakinya diantara buluh yang dipukul itu. Kecekapan para penari untuk menggelakkan kaki adalah bergantung kepada penari itu. Pada waktu dahulu, kecekapan penari untuk mengelak daripada dikepit kaki adalah penting. Kerana dahulunya, orang dulu mempercayai apabila seseorang itu berjaya menggelakkan kakinya daripada di kepit maka dia seorang yang gagah dan berani. Kerana itulha, tarian ini ditarikan sebelum seseorang itu pergi berperang dan selepas seseorang itu pulang dengan kemenagan dengan membawa kepala musuhnya.
Tarian Adai-adai
Sejarah tarian adai-adai
Tarian Adai-adai merupakan suatu tarian tradisional masyarakat Melayu Brunei yang berada di Sabah,khususnya di Kg.Weston Beaufort,Sabah.Tarian ini pada asalnya merupakan suatu lagu yang berbentuk pantun dan dinyanyikan beramai-ramai.Tiada alat muzik yang khas digunakan pada awal mulanya tarian ini di perkenalkan.Muzik yang dihasilkan adalah hasil daripada hentakan pengayuh di bahagian pinara sampan dan perahu yang didayung serta pukulan buyung atau keduit.Biasanya,tarian ini juga di persembahkan dalam majlis-majlis keramaian.
Tarian yang dilakukan oleh pasangan empat lelaki dan empat perempuan ini diiringi oleh pukulan rebana dan gambus serta nyanyian dengan rentak hampir sama dengan rentak tarian japin yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Tarian Adai-Adai biasanya diadakan semasa keramaian suku kaum Brunei ataupun menyambut ketibaan orang-orang kenamaan. Penari-penarinya juga memakai pakaian khas yang berwarna warni.
Kesemua tarian suku kaum Kedayan dan Brunei berfungsi sekular, iaitu dipersembahkan hanya untuk hiburan dan keramaian dan bukan untuk memuja roh atau semangat kerana suku kaum ini beragama Islam yang melarang sebarang pemujaan selain Tuhan. Jenis tarian dalam kalangan suku kaum ini ialah mendayut, adai-adai dan samalindang yang ditarikan semasa perkahwinan dan temasya hiburan yang lain. Dalam kalangan suku kaum Kokos terdapat tarian melinggok, dansa dan silong tinubou, dari suku kaum Irranun, tarian anding, dan tarian ambailuk dari suku kaum Tidung.
Ragam Gerak
Tarian Adai-adai ditarikan dengan lenggok tangan yang digerakkan ke atas dan ke bawah,ke hadapan dan ke belakang dengan penuh kelembutan Penari wanita akan memegang satu alat iaitu nyiru atau alat untuk menampi padi.Manakala penari lelaki akan memegang pendayung sampan.Kedua-dua alatan ini melambangkan suasana perkampungan nelayan di sesebuah tempat.Terdapat sesetengah tempat yang tidak menggunakan alatan seperti ini.Pergerakan di antara gerak tari lelaki dan wanita adalah berbeza.Tarian ini mementingkan akan kelembutan lemah gemalainya penari itu sendiri. Persembahan dan pertunjukan tarian tradisi pada awalnya bergantung kepada fungsi sesebuah tarian itu.Namun tarian adai-adai bersifat sekular yang tidak berasal daripada keritualitan.
Pakaian/kostum
Pakaian dalam tarian daling-daling adalah baju kebaya bagi wanita dipasangkan dengan gaun singkat hingga paras lutut.Manakala lelaki memakai pakaian untuk pergi ke laut seperti topi yang berbentuk kon(siraung),seluar singkat hingga paras lutut dan sehelai kain pelikat yang disilang di bahu.Kesemua pakaian tarian ini hampir sama seperti di semua tempat.
Solekan
Tarian adai-adai tidak memerlukan solekan pada asalnya kerana ianya tidak dilakukan untuk beramai-ramai tetapi sebagai penyambut kepada para nelayan oleh isteri dan keluarga mereka.Namun begitu dalam persembahan di istana atau majlis keramaian alat solek di kenakan sebagai penambah seri kepada seri panggung iaitu penari wanita.Solekan ini akan menambahkan lagi seri persembahan dengan keayuan dan kelembutan garap tari tersebut.
Alat-alat muzik
Alat-alat muzik pada awal kemunculan tarian ini diperkenalkan dikatakan tidak ada suatu alat yang khusus.Hal inin kerana mereka hanya menggunakan teriakan mulut,berpantun,menghentak kaki,memukul pendayung di bahagian tepi sampan,buyung atau keduit.Namun begitu,pada masa kini pelbagai alat seperti gong,kulintangan,gamelan dan banyak lagi di adaptasikan ke dalam tarian adai-adai.Peralatan moden atau peralatan barat juga digunakan untuk memeriahkan lagi dan menambahkan nilai estetika dalam tarian tersebut.
Props
Antara props yang digunakan dalam tarian adai-adai ialah pendayung sampan dan nyiru.Props Nyiru berfungsi sebagai alat untuk membawa hasil laut yang di bawa oleh para nelayan.Kaum wanita kebiasaannya akan membawa bersama nyiru ini ketika kepulangan suaminya.Pendayung pula berfungsi sebagai alat untuk menggerakkan sampan atau perahu yang digunakan pada waktu dulu.
Sumber rujukan :
Ahmad Rashidi Hasan 2001 Sejarah seni Lukis,Karisma Publications Sdn Bhd.
Asmad. (1990). Kesenian Tari. Associated Distributord (M) Sdn. Bhd., Melaka.
Mohd Ghouse Nasaruddin, (1994). Tarian Melayu Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. (1981). Tarian-tarian Malaysia. Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Kuala Lumpur
Laman web
http://www.dance4it.com/dancehistory.htm)
http://memori-kedah.net/page_pengenalan.php?p=2&idstopic=10&idskandungan=68&id=370&mtopic=1#
http://www.streetswing.com/histmain/z1s.htm
http://id.answers.yahoo.com
http://www.islam.gov.my
http://id.wikipedia.org/wiki/tari
By,
Acil
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Pantang Larang Yang Patut Diikuti
8. Kain telekung(dibungkus pada kepala bubu untuk lebih menampakkan bubu perempuan)
3. Langir(untuk tujuan supaya bubu itu tahan lama-air langir yang telah dijampi akan berbuih)
Proses Sebelum Tarian Dijalankan:-
1. Bubu dimandikan sebersih-bersihnya terlebih dahulu.
4. Setelah bubu bersih dan dikeringkan,bubu dipakaikan pakaian(baju kurung).
Syair Yang Dilagukan Semasa Tarian Bubu Dijalankan:-
MAIN DENGAN DIPERMULA…
SI LUKAH PANDAI MENARI…
TAK BAMBAN IA LUKAH…
P/S: diulang-ulang sehingga tarian tamat
Kegunaan bubu
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Pengenalan
Tarian Bubu merupakan salah satu permainan tradisional yang terdapat di negeri Sabah yang mana telah diwarisi sejak zaman-berzaman oleh nenek moyang terdahulu dan masih lagi diamalkan oleh masyarakat pada masa sekarang. Tarian bubu juga dikenali sebagai tarian lukah oleh masyarakat setempat. Selain daripada itu, tarian bubu juga terkenal dalam kaum Bisaya dan Iban.
Asal usul Tarian Bubu
Tarian bubu pada mulanya berasal dari bangsa Kadayan Brunei. Tarian ini muncul selepas kedatangan Islam. Tarian bubu juga dikatakan berasal dari daerah Beaufort,Sabah iaitu dalam suku kaum Brunei,Bisaya dan Kadayan
Tujuan Tarian Bubu Diamalkan
Permainan tradisional ini diamalkan oleh masyarakat setempat adalah kerana mereka percaya bahawa tarian tersebut mempunyai fungsi dan tujuannya yang tersendiri di mana memberi kesan kepada golongan yang mengamalkannya itu. Antara tujuan tarian bubu ini dijalankan adalah untuk menghalau roh-roh jahat. Mereka percaya bahawa bubu tersebut mempunyai semangat atau aura yang tersendiri untuk mengusir anasir-anasir buruk yang mengganggu masyarakat mereka. Tarian bubu juga adalah sebagai alat untuk dipersembahkan di dalam sesuatu majlis yang dilakukan oleh masyarakat. Selain itu, bubu juga berfungsi untuk mengubati orang yang sakit. Tarian bubu juga dilakukan semasa majlis perkahwinan dan majlis berkhatan. Sekiranya ada orang-orang besar yang ingin datang ke tempat mereka, orang-orang besar tersebut akan dipersembahkan dengan tarian bubu sebagai tanda menghormati dan maraikan kadatangan orang-orang tersebut ke tempat mereka.
Fungsi
Tarian bubu ini berfungsi sebagai hiburan semata-mata oleh masyarakat setempat dan tarian tersebut masih lagi diamalkan oleh masyarakat zaman moden kini kerana permainan ini akan diwarisi oleh anak-anak si pengamal tarian bubu yang terdahulu dan ia harus disambung oleh pewarisnya. Selain itu, tarian bubu juga boleh berfungsi untuk tujuan perubatan iaitu antaranya adalah untuk mengubati orang yang dirasuk. Semangat juga dapat dipulihkan dengan menjalankan tarian ini.
Bubu yang telah siap dibuat itu dikatakan tidak boleh dilangkah terutamanya oleh kanak-kanak kerana kanak-kanak semangatnya sangat lemah dan mereka mungkin akan dirasuk sekiranya mereka melangkah bubu tersebut. Orang yang lemah semangat tidak kira tua atau muda akan mudah disampuk walaupun hanya menyaksikan persembahan tarian tersebut dijalankan kerana tarian tersebut dikatakan berunsur mistik oleh masyarakat Kadayan,Brunei,oleh itu mereka harus kuatkan semangat untuk mengelak daripada mudah dirasuk. Antara pantang larangnya lagi ialah bubu tersebut hanya boleh digunakan untuk menangkap ikan setelah tujuh hari bubu tersebut ditarikan. Sekiranya bubu tersebut disimpan di rumah dalam tempoh tujuh hari selepas ia dimainkan, orang yang lemah semangat yang lihat pada bubu tersebut akan nampak bubu itu seperti bergerak sendiri. Kemungkinan orang tersebut akan dirasuk.
Jenis-jenis Bubu
Bubu Lelaki- bahan yang digunakan untuk membuat bubu lelaki adalah kayu lesung yang panjang. Cara untuk menghidupkan bubu adalah sama seperti menghidupkan bubu perempuan.
Bubu Perempuan- bahan-bahan yang digunakan adalah bubu dimana ia diperbuat daripada buluh. Baju kurung digunakan untuk menampakkan ia adalah bubu perempuan.
Alat-alat Dalam Tarian Bubu:-
1. Buluh lemang yang tua dan nipis(dirisik meruncing)
2. Akar lemiding(diguna kerana tahan lama dan mengikut adat,dianyam dengan cara menjalin)
3. Akar pitudung/bamban
4. Injap
5. Baju berwarna kuning atau warna apa sahaja asalkan jenis baju kurung
6. Tempurung kelapa(diletak di atas bubu, berfungsi sebagai kepala)
7. Dawai(diletakkan pada bubu untuk dijadikan sebagai tangan bubu)
8. Kain telekung(dibungkus pada kepala bubu untuk lebih menampakkan bubu perempuan)
Bahan-bahan Dan Fungsi Bahan Untuk Proses Tarian Bubu :-
1. Minyak wangi(mewangikan bubu)
2. Minyak duyung(juga untuk tujuan mewangikan.
3. Langir(untuk tujuan supaya bubu itu tahan lama-air langir yang telah dijampi akan berbuih)
4. Kemenyan (memanggil malaikat)
5. Tambur
6. Pakasan
7. Kompang(dimainkan bersama semasa lagu dinyanyikan)
8. Gendang rebana(dimainkan bersama semasa lagu dinyanyikan)
Proses Sebelum Tarian Dijalankan:-
1. Bubu dimandikan sebersih-bersihnya terlebih dahulu.
2. Seterusnya bubu disapu minyak atar untuk tujuan mewangikan bubu.
3. Bubu dimandikan dengan menggunakan air langir.
4. Setelah bubu bersih dan dikeringkan,bubu dipakaikan pakaian(baju kurung).
5. Bubu dipasangkan tangan menggunakan dawai yang telah dibengkokkan khas.
6. Seterusnya ialah proses membakar sabut kelapa di dalam bekas.
7. Kemenyam di tabur ke atas sabut kelapa yang telah dibakar tadi.
8. Jampi serapah dibacakan, bacaan-bacaan tertentu dibacakan oleh si pewaris dengan tujuan untuk memanggil malaikat.
9. Bubu ditarikan. Jumlah orang yang diperlukan untuk menarikan bubu adalah sekitar 3 hingga 5 orang mengikut saiz bubu tersebut.
Orang yang menarikan bubu tersebut akan bergilir-gilir dengan orang lain mengikut kekuatan orang yang menarikan bubu tersebut.
Syair Yang Dilagukan Semasa Tarian Bubu Dijalankan:-
TAK BAMBAN IA LUKAH…
TAK BAMBAN DIBASARI…
MAIN DENGAN DIPERMULA…
SI LUKAH PANDAI MENARI…
TAK BAMBAN IA LUKAH…
TAK BAMBAN DIBASARI…
MAIN DENGAN DIPERMULA…
SI LUKAH PANDAI MENARI…
Kepercayaan Mengikut Suku Kaum Mengenai Cara Menghidupkan Bubu:-
Suku kaum Kadayan- untuk menghidupkan bubu tersebut perlu mengambil masa yang sekejap sahaja. Ini kerana jampi sudah dimasukkan ke dalam bahan-bahan tersebut.
Suku kaum Bisaya- berunsur keislaman. Untuk menghidupkan bubu tersebut memerlukan masa yang agak lama
Digunakan untuk menangkap ikan. Umpan yang digunakan adalah umpan biji getah. Biji getah tersebut dibungkus dengan menggunakan daun simpul. Buah kelapa sawit juga digunakan untuk menangkap ikan. Anaknya mestilah 21 bilah. Sekiranya untuk tujuan tarian,buluhnya haruslah diwarnakan. Untuk tarian bubu juga,bentuknya adalah berbeza-beza dari segi tinggi rendahnya.
By,
Acil, Zainoh, Ghani, Micheal, Yap, Noor Shielawati, Aisyah, Masitah, Ribka, Clarice
good job! keep it up.
BalasPadamThanks Kak Lina
BalasPadamhmm..mo tanya bha...Perkataan Iranun atau juga disebut Ilanun membawa maksud kasih-sayang. ne dalam bahasa Iranun ka maksud kasih sayang?
BalasPadamYa betul. Ilanun membawa maksud kasih sayang. Cuma dia taklah diguna dalam perkataan. Ianya satu istilah yang membawa maksud kasih sayang.
Padamilanun sama lanun sama kah?//
BalasPadam