Tajuk: Jujur
Penulis: Acil
Kisah ini bermula semasa aku belajar di tingkatan 4. Masa tu aku tinggal di asrama. Memang aku suka tinggal di asrama. Aku ada ramai kawan. Macam-macam jenis ada. Ada yang suka mengacau, ada yang suka membuli, ada yang suka membaca, ada yang suka makan maggi, ada pula yang suka makan betik muda. Tapi, aku tak kisah sebab aku suka join dorang. Memang aku tak boleh lah tinggal di rumah.
Aku tinggal di bilik paling atas. Kawan sebilikku ada tujuh orang. Satu bilik lapan orang. Ada lapan biji loker dan lapan biji katil. Empat senior dan empat junior. Tapi tahun ne, tiga orang daripada junior tu telah berpindah sekolah agama. Jadi, tinggallah si Amin junior kami. Kami pun senang hati. Bukan apa, senang kami nak buli nanti. Minta magginya setiap hari.
Si Amin ni sorang yang rajin. Plus jujur lagi tu. hari-hari setiap kali bangun pagi mesti dia sapu lantai, buang sampah, dan membersihkan cermin. Tak payah disuruh pun dia buat juga. Eh, menunjuk-nunjuk baik pula dia dengan aku. Aku pun tecabar lah. Dia ingat dia buat begitu dia tak kena buli. Alah, sorry lah Amin, aku tak masuk Psycho. Apa lagi aku pun cakap lah dengan dia.
“Eh, Amin trip-trip rajin lagi kau sana kan? soalku”.
“Trip-trip tu apa bang? jawabnya”.
“Aiseymen, buat-buat nda tau pula kau ni, ku tumbuk kau karang” balasku lagi.
“Eh, sorry bang. Jangan tumbuk saya, nanti abang dapat susah”
Astaga. Naik darahku mendengar kata-katanya ni. Dia cakap pula macam tu. Aku bagi jua budak ne betul-betul nanti. Baru padan muka kau. Aku sabar, masih awal. Dia saja mau Psycho aku ni. Aku tau. Aku tanya dia lagi.
“Aisehmen. Kuat tul kau ni. Kau cakap aku pula yang dapat susah. Apa bah kau cakap ni? Hahaha…macam kau nda kenal aku pula bah”.
“Bukan apa bang, saya cuma tak mau abang dapat susah. Saya cakap jujur pula ne bang. Nanti, biru mata abang. Tangan patah perut bedarah”.
Wah makin bertambah naik darahku mendengar.
“Oi kau cakap baik-baik sikit. Nda sayang mulut kau ne kan. Kurang ajar betul mulut mu ni. Ku cili karang mulut mu tu. Biar merah macam saga. Pedas macam lada”
Alamak tak semena-mena pula aku tesyair time-time marah ne. Aku terikut-ikut cara cakap budak ne. Tapi dia punya kata-kata ganas pula, aku macam mama mama marah. Tersenyum jugalah aku sedikit.
“Bang, saya cakap jangan jangan bang. Abang dengar saja bah cakap saya ne. Nanti abang dapat susah. Time tu saya tak dapat mau tolong sudah.”
Aduh bukan setakat bederau darahku, aku rasa tinggi darah dah aku ne. Aku tarik nafas dalam-dalam. Lepas tu, aku bagi penumbuk sulung ke muka budak tu. Dush! Nah baru kau rasa. Sedapkan rasanya. Punyalah senang hatiku tekena juga mukanya yang bikin panas tu. Aku tengok budak tu. Sekali aku tengok, punyalah selamba dia bangun. Dia sambung balik kerjaya menyapu. Aku pun hairan, apa budak ni. Aku rasa kalau aku bagi penumbuk sulung sudah, mesti menangis junior aku sebelum ne. Dia selamba ja menyapu. Aku di sebelahnya pun dia tak hirau. Kurang ajar betul dia ne. Satu perkataan sakit atau reaksi sakit pun tak keluar daripadanya. No respon. Aik, pening jua aku memikirkan.
“ Amin, kau…astaga…eh…kau..aduii…eh…”
“Kenapa bang pasal tumbukan tu? Nda pa bang saya bagi abang chance tadi. Supaya abang puas. Saya diam-diam tu sebab kalau becakap kena lagi sekali. Kalau diam-diam, mungkin abang rasa simpati. Jadi tak tumbuk saya lagi.”
Hai melampau. Sakit hatiku mendengarnya. Dia cakap pula dia kasi chance.
“Woi Amin, kalau kau berani sini bah. Jangan kau diam-diam”
Aku bagi lagi satu terajang maut ngam-ngam di perutnya. Tegolek-golek dia di koridor. Nah baru kau tau. Sekali sempat lagi dia pungut sampah sebelah tempat dia jatuh tu. Alalah, sial juga budak ne. Aku tengok dia buang sampah sambil bawa lagi tong sampah tu ke tempat pembuangan sampah di bawah sekali. Aku pun tengok saja dia bejalan. Bingung aku jadinya. Hah dalam hatiku, aku sudah tepikir. Masa dia balik aku pukul dia sama penyapu ne. baru dia rasa.
Aku pun sembunyi belakang pintu. Nah, ada sudah bunyi tapak kakinya melangkah ke bilik. Pak!. betul-betul kena kepala dia. Bedarah dahinya aku pukul. Penyapu buluh, memanglah cepat luka. Pecah juga batang penyapu tu. Kuat betul aku pukul seiring dengan perasan marahku tu. Aik! selamba ja dia bangun pastu ambil plaster. Dia cuci luka di tandas. Di tampalnya pula dengan plaster.
“Eh, kenapa kau diam ja ne ah, kau takut ka?” herdikku.
“ Tidaklah saya paling berani. Saya balut ne, nanti orang tanya kenapa luka. Susah abang nanti” Jawabnya.
Ah, cukup aku bingung dengan budak ne. Kali pertama la aku jumpa budak macam ne. Belum sempat monologku habis. Dia cakap dengan aku.
“ Alah abang, saya tak mahu cari gaduh dengan abang. Arwah Mak saya tak suka. Lagipun saya tak mau jadi macam bapa. Dia selalu pukul saya, terajang saya, rotan saya, ikat saya bawah pokok, kunci saya dalam reban ayam, rendam dalam lumpur, dan tuang air panas. Selama enam tahun sekolah itu dah jadi hobi saya. Saya rasa seronok sebab saya masih ada bapa. Orang lain ada yang sudah tiada bapa. Aku masih ada bapa syukurlah. Mama aku pun, aku tak pernah tengok. Tapi makcik sebelah rumah aku cakap dia kenal dengan mak saya. Makcik tu cakap, Mak saya pesan supaya jadi anak yang baik. Jangan suka bermusuhan. Tapi aku tahu makcik tu tipu. Sebab mak bukan orang sini. Dia orang Amerika. Bapa yang kasi tau. Tapi saya ambil yang baik buang yang keruh. Jadi saya nak jadi orang baik.” cakapnya sambil kami berbaring di katil.
Aduh. Biar betul budak ne. Aku rasa kesian pula dengan dia. Tapi sekurang-kurangnya terjawab jugalah persoalan aku tu tadi. Macamana dia boleh tahan kena pukul ne. Aku tanya la lagi.
“ Eh Amin, Sorry ya aku tak tau plak kau anak yatim. Kau nda kasi tau pun. Macamana aku mau tau. Tahan juga kau tinggal dengan bapa mu tu”.
“ Alah tak kisah la bang. Saya tak bedendam pun dengan abang. Saya pun minta maaf juga, pasal tembirang tadi. Hehehe…saja nak Pshyco abang. Tapi tak jadi pula. Alah abang, rumah tu ja yang ada tuk saya tinggal. Lagipun bapa tak kerja. Jadi saya lah yang kerja. Cukuplah tuk kami makan. Bolehlah setakat kasi pagi makan pagi tu. Daripada kais pagi tak makan pagi. Aiseh bersastera pula saya ne kan bang. Oh ya siapa nama abang tu?
“ Em, nama abang Zudin, panggil Semboi ja lah. Sebab kawan-kawan abang panggil abang semboi. tapi ganas, hehehe…Bapa kau tak kerja ka?”
“ Ya, dia tak kerja, mungkin dia dah malas mau kerja kali.”
“ Jadi, siapa yang bagi kau belanja?”
“ Ah, ne duit lebihan saya kerja di restoran dulu masa tahun enam.
“ Wah, kau kerja sudah masa tahun enam? Habis kenapa kau sekolah juga?”
“Ya saya kerja, kalau nda macamana mau dapat duit kan. Eh, sekolah best apa. Banyak kawan. Pastu nanti bila sudah ada keputusan dapatlah saya kerja yang mahal gajinya. Bos saya yang kasi tau.”
“ Ah yelah, memang kerja baru dapat duit. Jadi bapa kau tinggal di rumahlah. Kau tak marah kah dengan dia?”
“ Buat apa mau marah-marah bang. Tak ada juga untungnya. Bikin sakit hati ja. Lagipun bapa bah tu, nanti ketulahan pula. Alah jangan risaulah, bapa tu pandai juga cari makan tu.”
“Kau tinggal di mana?”
“ Di Seitinggan Kg Baru. Abng tau ka tempat tu?”
“ Ya tau.”
“ Sana pun banyak juga saudara mara kami. Mungkin bapa pegi cari makan tempat sedara mara kami tu.”
“Ish… pemalas juga bapa kau ne kan”
“ Ya, dia memang malas tu. Tapi kalau bejudi nombor satu tu. Campin dia main lap-lap.”
“Oh yakah? hahha. Aku suka la kau ne jujur betullah haha..”
“ hahaha… bkan jujur bang. Bagi tau yang benar. Takkan nak enipu kan bang.”
Huh, ada juga budak yang macam ne kan. Walaupun keluarganya hancur lebur, selamba ja dia hidup ne. Kami pun cerita-cerita panjang. Samai ke malam juga mahunya. Tak sedar pula dah tiba masa makan di dewan. Kami pergi makan sama-sama. Kami sambung lagi cerita kami. Wah, berbual sakan kami. Kawan-kwanku yang lain pun hairan dengan kami.
Keesokan paginya, setelah aku bangun dari tidur. Aku tengok si Amir ne belum bangun. Aku kasi kejut la dia. Dia pun bangun. Kami pergi mandi sama-sama. Sebab hari ini hari isnin. So kena awl sikit. Ada perhimpunan sekolah.
Masa balik sekolah, aku tak sabar-sabar mau jumpa dengan si Amir ne. Aik tak pernah aku jumpa budak macam dia ne. Pertama kali la ne aku ada rasa mau jumpa budak junior ku ne. Sebelum ne kalau aku belasah orang, tak pernah pun aku jumpa lagi. Hahaha…
Masa masulk bilik, aku nampak dah kelibat si Amin ne. Tengah menyapu-nyapu bilik. Astaga budak ne, mau mula sudah kelas pun sempat lagi kemas bilik. Aku pun tanya la dia.
“ Eh Amin, kau tiada kelas ka hari ne?”
“ Eh Abang Semboi, ada kelas. Jam 1.30 ne.”
“ Nah, astaga pegilah kelas. Biar aku sambung tu”
“Bah, iyalah.”
Nah, nda pernah-pernah aku rajin hari tu. Habis ja makan tengahhari, aku pegi membersihkan bilik. Alamak, punyalah hairan kawan-kawnku ne. Tengok aku membersihkan bilik. Hahaha. Lantak lah kamu. Alu sudah tekena racun si Amin ne kali. Habis semua cermin aku basuh. Tau-taulah bila mula sekolah, memang berhabuk la bilik ne. Aku tengok bilik ne macam bilik si Amin pula.
Tengah seronok membersih ne, aku tenampak pula beg si Amin. Aku pun rasa macam mau tengok ja apa dalam begnya ne. Jangan-jangan orang kaya dia ne. Manala tau kan, saja ja dia buat cerita, supaya dia tidak kena buli oleh aku kan. Sekali aku buka, wah bajunya, macam baju kain lap ja aku tengok. Buruk sudah bah. Cantik lagi kain lap di rumah ku tu. Adui kesian. Tiada duit dia kali mau beli baju. Nah, tepikir dah aku baju ku dalam stor di rumah tu. Bagus aku bagi dia. Daripada bekulat dalam stor. Aisehmen, baik pula aku ne ah hahaha. Ah, pedulilah. Aku mau juga tu bagi dia. Aku pegilah ke public phone di depan pintu gate sekolah tu. Aku call bapaku minta ambil aku di asrama.
Dalam jam 2.30pm tu, bapa ku sampai. Aku ikut lah beliau ke rumah. Masa dalam kereta. Nda banyak ku becakap. Biasanya banyak ceritaku sama bapa ne. Tapi sekali ne, tebayang aku muka bapa si Amin. Eee.. kalau lah bapaku macam bapanya. Naya aku. Ndaku hidup kali. Bapa ku pun mula tengok-tengok sudah aku. Hehehe..lain macam ja pandangannya. Terus aku mula cerita supaya dia tidak syak apa-apa la konon.
Sampai di rumah, aku pun terus ja ne ke stor belakang. Salam mama pun belum. Bukan apa, aku mau kejar masa. Kalau aku nda terus ambil, mesti singgah lu depan tv tu. Tengok anime. Channel Animax Astro. Hah, aku terus masukkan dalam plastic. Pastu, aku simpan sedia depan pintu supaya nda lupa. Balik aku ikut bapa juga, sebab bapaku mau ambil adikku di sekolah agama d Pekan Beaufort. Sementara menunggu beliau, aku singgah depan tv. Tengok ‘The Law Of Ueki’. Siuk jua kartun tu. Dia boleh tukar sampah jadi pokok. Nakal jua kau ne. Tingkatan empat pun masih suka tengok katun. Ah, dilayan bah. Kartun pun bukan senang mau buat. Yang penting tengok cerita tu. Itu ja yang aku suka kalau stay di rumah.
Ok. Ada sudah bapa ne. Aku pun ready turun ke kereta. Standby tuk jumpa si Amin hehe. Sebelum jalan tu, mamaku tanya lagi, untuk apa juga baju banyak-banyak ne aku bawa. Alamak, pening aku apa mau dijawab ne. kalau aku jawab mau kasi si Amin, malu la aku. Ah, aku cakap lah yang baju ne tuk projek kami. Tapi, bila aku teringat si Amin, terus aku cakap jualah pat mama, abju ne aku mau sedekahkan pat dia. Wah, mamaku terus sokong aku. Tapi, kena ceramah lagi sikit, mau menipu kan. Mestilah mamaku marah. tapi ndalah marahnya marah berabis. Marah-marah sayang. Dia cakap kenapa juga tidak bagitau awal-awal. Boleh dia tolong pilihkan baju tu tadi. Aku pun Ketawa ja hehehe… aku cakap aku malu mau beritahu pat mama. Almaklumlah, tak pernah pun aku besedekah-sedekah ne.
Selepas besalam dengan mama, cium tangannya, dia cakap belajar baik-baik. Aku pun teringat, kalau la si Amin kena pesan macam ne, mesti dia rasa gembira kan. Ne apa boleh buat, dia sudah tiada mamanya lagi. Dalam hatiku cakap. I Love U Mom. Baru akli ne aku rasa verat mau aksi tinggal mama aku di rumah. Lepas ne aku anda mau lagi malas-malas di rumah. Aku mesti tolong mamaku masak ka,cuci baju ka. Sebab kalau sudah tiada, nah macam si Amin.
Sampai ja aku dibilik. Terus aku baring di katil. hairan juga tiada si Amin dalam ne. Mana dia pergi pun aku nda tau. Sudah jam 6 petang. Aku terus bangun dan pergi mandi. Hah, biasalah asrama, tandas tingkat atas ne tak boleh guna. Paipnya habis patah mematah. Memang aku sudah tau pun patah sebab aku yang kasi patah. Hahaha..time ne baru mau sedar kunu. Masa buat nda mau ingat. Senyum-senyum aku masa melintas depan tandas tu. Aku nampak si Fitri ne macam orang asli dah. pakai seluar dalam ja jalan-jalan di koridor. Alah tembirang la tu konon, mau kasi tunjuk tagap dia tu. Aku tengok tagap lagi si Amin tu dari dia. Aku buat selamba ja masa dia tengok aku. Senyum-senyum kunun dia tengok aku. Bukan apa dahlah hitam, belagak lagi tu. Dia ne ntah penganut mana ntah. tiba-tiba ja ikut-ikut kumpulan kami ne. Nda register pun cis, panas tiba-tiba ne. Fitri ne la punca dia. Hai malas aku pikir pasl dia.
Aku buka ja daun pintu. Nampak sudah senyum kambing si Amin ne. Astaga, time mandi pun senyum-senyum.
"Budu kau ne Min. Time mandi pun kau senyum-senyum ka?"
"Bukan apa bang. Yang abang mandi bawakertas ne kenapa mau p kelas ka bang hahaha...?"
Kurang asam. Aku tebawa kertas pula ke tandas ne. Aku tengok ada kertas terselit di ketiak.Ntah macamana dia boleh tersepit di ketiak aku ne. Patut la si Fitri senyum-senyum tengok aku. Aduh malu sial. Ah relaks aku cover juga ne. Hah, lau pasal cover-cover ne memang kemahiran semulajadi aku.
" Eh kau ne, ada ka pula pegi kelas. Kertas ne aku mau buang. Semak betul dalam bilik tu tadi"
"Oh, ingatkan abang mau baca."
Aku pun buang ja kertas tu macam tu saja. Alamak nasib baik ada tong sampah di depan pintu mandi tu. Nah, habis basah semua. KErtas tu baru ja Cikgu Muaidi bagi tadi. Dia suruh hantar esok. Aiya, matilah aku. Sah-sah esok kena rotan lagi ne. Bodohnya. Dahlah cikgu Muaidi tu garang. Tapi aku buat selamba ja. Aku pun mula cuci baju tu. Sentap-sentap baju pun dah tak seronok dah ne. Bad mood betul aku.
"Abang Semboi. NAnti boleh ajar saya Sejarah ka. Tadi saya kena denda cikgu. Sebab tak tahu apa tu kompas. Ingatkan kompas ne macam komputer. Rupanya bukan"
" Astaga kau ne. Sejarah pun nda pandai ka. Boleh bah, nanti la mas belajar kau jumpa abang ya."
"Terima Kasih bang."
"Emm.."
Alamak punyalah aku tembirang. Padahal aku pun Sejarah D, PMR. Mau ajar lagi kunu si Amin ne. Alah apa la juga kan setakat subjek sejarah Tingkatan Satu ne. Senang saja bah tu. Siap cuci baju kami pun keluar sama-sama.
"Oi kau ne, Geografi lah, ada ka pula sejarah belajar kompas."
"Oh yakah, sory bang. Mana la saya tau baca. Hehe.."
Aku pun satu bodoh. Ikut juga cakapnya ne. Bah.. aku pun lambat pick up. Mana taknya bingung tuk esok. Kena denda lah ne. Demi kesemboianku, lantaklah.
Sampai di bilik, kami pun buka la loker masing-masing. Aku tengok yang lain ne belum sampai. sebab dorang mewakili sekolah main bola peringkat bahagian di Sandakan. So, buat masa ne, aku dan Amin ja lah menjadi penghuni bilik ne. Aku pun pakai la baju melayu beseluar jeans. Memang favourite aku. Dah jadi trend juga masa tu. Smart apa, berjeans nampak rugged sikit. Barulah samseng namanya. Aku ketawa tengok si Amin, dia pakai sarung tapi di belakangnya belubang. Aku pun tegurlah dia. Dia pun ketawa juga. Aku cakap nah ambil sarung dalam plastik yang aku bawa tadi. Tapi, aku belum cakap lagi yang aku bagi dia. TAkut juga dia tesinggung. Aku cakap pakai sajalah dulu. Memang teruk sudah bah juga kain sarung dia tu. Aku rasa kalau aku tarik koyak tu hahaha. Sudah siap kami bebaju, kami pegi surau sama-sama.
Sudah selesai solat isya' kami pun pergi ke bilik belajar. Si Amin macam yang dijanjikannya, mau belajar geografi dengan aku. Aku pun ajar la juga. Setakat ne ok lah sebab tak berapa mendalam sangat geografi yang dia belajar. Boleh lah aku kelentong-kelentong sikit. Pak! kena sebiji pukulan kena kepala si Amin. Terhantuk juga kepala dia di meja tu. Dia pun beralih kerusi. Pelajar-pelajar lain pun memandang ke arah kami. Mereka tak berani mau campur. Dahlah badan si Bob ne besar macam beruang. Muka pun macam beruang. Memang dulu dia selalu kena cakap beruang. Sebab tu nama dia Bob, Beruang Oh Beruang. Ganas juga dia ne erk! Mengalh-ngalahkan sifu dah ne.
"Oi, budak situ kau. Aku mau duduk sini."
Alamak, dia dah datang dah. Bob, assistant aku la kiranya. Dia ne satu kelas dengan aku. Dia ne dulu pun sama macam si Amin ne. Selalu kena buli. Aku lah yang tolong dia selalu. Sebab tu dia setia sangat dengan aku. Jadi assistant tu pun dia yang pandai-pandai mau. Dalam hatiku, aku tak lah boleh kasihan dengan si Amin depan si Bob. Jatuhlah maruah aku ne nanti.
" Ah Bob, kenapa?"
" Semboi, kerja rumah tu aku nda pandai buat. Kita buat sama-sama?"
" Minta dulu rokok mu bah. Mari pi tandas."
" Ada bah. Bah.."
Kami pun berjalan ke tandas di sebelah bilik belajar tu. Dekat saja. Aku bukan apa, aku nda mau si Amin tau kertas aku buang tu, kerja rumah. MAlu oh, nda la somboi.
" Bukan apa Bob. Aku terbuang kertas ku tadi time mandi. Ntah mcmn boleh aku bawa p mandi tadi petang. Habis la ne."
" Astaga kau buang kertasmu. Matila kau kena denda bsiuk."
" Tulah, aiya. Ndapa bah, samseng kan. Mana la takut apa-apa."
" Ya bah, sifu mana boleh takut. Eh satu lagi si Ayu kirim salam. Dia suruh sampaikan tadi. Aku jumpa di kantin."
Huhu..yeahoo. Punyalah aku hepi dengar berita tu. Dah lama aku mau tackle si Ayu ne. Dahlah cantik macam Nora Danish. Putih pula macam bulu kambing. Eh ada ka pula macam kambing. Aku ne memang tak pandai hiperbola bpmastik ne. Dulu, aku suruh junior aku buat surat tahun lalu. Pretend la aku yang tulis hahaha. Tapi aku mesti pretend depan si Bob ne. Buat-buat tak layan la macam tu.
" Oh, waalaikumsalam."
Cey, padahal dalam hati bedebar-debar dah ne mau jumpa esok. Aku rasa macam tedy bear Mr. Bean ja buat muka relaks campur bedebar ne. Boleh-bolehnya. Kurang asam punya Ayu. Cantik matanya melentik macam bulu mata unta. Kalau ada dia depan aku skrg ne, aku gigit-gigit dia macam bantal ku tu; yang hancur dah akibat dua belas kali mimpi pasal dia.
Esoknya, aku spray perfume adidas yang jarang-jarang keluar tu. Dahlah mahal. Nanti kalau kaan ku datang habis la dorang minta. Aku rasa mereka balik hari ni. Aku tengok si Amin masih tidur ah biarlah. Dia kelas petang juga.
Aku geletek si Ayu dari belakang. Peh, memang cun la senyuman dia. Masa dia pusing, aku tercium bau wangi perfume dia. Aku sedut la habis-habis. Tiba-tiba dia cuit hidung aku. Amboi manjanya dia.
" Hai Ayu, I love You."
" Eee, Zudin ne. Suka betul kacau Ayu kan"
Amboi melentik badan aku dengar kata-katanya tu. Memang aku gigit la si Ayu ne nanti.
" Memang la Ayu, di kelas ne kau saja yang paling cantik. Kau jelah yang layak aku kacau dan aku saja yang layak kacau kau"
" Ah, yelah tu. Maksudnya kau jak yang paling emsem ne kan"
" Ya betul!"
" Haha. Perasan juga kau ne kan. Aih entah kenapa aku boleh suka dengan kau ne Zudin. Tapi, sebenarnya kau ne lucu lah. Aku suka gaya mu tu. Tak lah sombong. Berani. Sweet. Comel. Pandai. dan jjajal la juga, tapi macamana kau boleh skor tinggi dalam exam ah?"
Aku pandang ja si Ayu ne berkata-kata. Memang sengaja aku tak jawab soalannya ne. Dia pun Bukan bertanya betul-betul juga. Padahal dia la bah yang paling atas selalu dalam kelas.
" Ah kau ne, nda la bah aku ne babal sangat. Tapi kalau aku belajar berabis, kalah kau Ayu"
" Ya ka tu. Hahaha... bah kita lawan ah exam bulan depan ne. Siapa kalahdi bawah, yang di bawah jadi kuli yang di atas. Ah, Zudin berani?"
Nah aku gigit tangan si Ayu. Sampai jua hajat ku mau gigit dia. Siapa suruh mencabar jejaka paling emsem di kelas. Dia tidak marah. Tapi, dia kejar aku di kelas tu. Ayu memang baik hati dan penyayang. Pasal tu aku minat dengan dia, sebab dia ja yang paling sporting dan sesuai dengan aku. Satu kepala. Kerjanya ketawa dan mengejek aku ja. memang best kawan dengan Ayu. Ya Allah, cantiknya ciptaan-Mu. Memang aku setia dengan Ayu sorang ja. Kompom tak cari lain.
Aku balik ke asrama senyum-senyum. Sampai ja di tangga pertama, Aku nampak Si Amin memungut kain-kainan. Macam aku pernah tengok kain-kain ne. Astaga kain dalam stor ku pula ne. Kainyang aku mau bagi si Amin. Aku tengok si Amin lebam biji mata dia. Kakinya pun biru.
" Amin, kenapa kau? siapa pukul kau ne?"
" Em abang semboi, ne ada tiga orang di bilik tadi. Dorang suruh saya keluar dari bilik tu tapi saya cakap tak mau. Macam biasalah bang kena puku la jawabnya. Pastu, mereka buang kain kain abang. Saya tolong kutip. Aduh sorry la bang, mereka ingat ne saya punya."
" Oh, di bilik kita ka?"
"Ya"
" Mari aku tolong kau kutip. Kawan-kawan aku juga tu."
" Oh, kawan abang."
"Ya, dorang tak kenal lagi bah tu. Ndapa bah biar aku urus tu. Mari naik."
Kami pun menaiki tangga tersebut. Sampai ja di bilik, memang sah kawan-kawanku. Suardi, Ipul dan Jai bertempiaran tidur. Maklumlah, baru ja sampai dai Sandakan. Penat la tu. Aku pukul kepala Suardi pakai baldi. Wah, no respon. Aku pukul punggung si Jai, aik macam mayat dah ne tiada kesan. Akirnya aku sungkit hidung si Ipul. Nah baru tebangun.
Bangun ja si Ipul, macam ular baru bangun dari hibernasi. Dah memang badan kurus macam ular pun. Aku pun bagitau lah suruh semua bangun. Aku nak cakap pasal si Amin ne.
“ Eh Ipul, kasi bangun durang dua ne. Aku mau cakap pasal budak ne sikit.”
Bangunlah juga budak dua orang ne. Dua-dua terus bangun nampak aku depan mata mereka. Alah biasalah, dah lama tak jumpa semenjak cuti sekolah tu kan. Kami besalam-salam. Pastu baru aku mula cerita.
“Ne, aku mau cakap sama kamurang. Si Amin masuk geng kita juga. Tak payahlah kamu tanya kenapa. Jangan ja buli dia. Sebab aku dah geng karas dengan dia ne.”
“Eh apahal kau ne Sem. Tiba-tiba pula kau jadi baik sama junior ne?”
“Aiya kau ne Jai, nda payah kau tanya. Kau pam-pam ja sendiri bah.”
“Uina, tok, kau ne macam lain pukulan mu ne. Pukulan Junior dah sekarang. Hahaha. Bah iyalah bah. Dari kau ja ne, yang penting aku mau sambung mimpi ku sama Cigu K. Siuk dah kami dating kau sungkit pula idung ku bah, aiya.” Balas si Ipul.
“Bah, settle. Pi lah kamu sambung tidur tu. Tidur ja kamu ne. Aku taulah kamu kalah kan di Sandakan. Hahaha…”
“Uina, kalah mungkin. Menang bah kami. Menanggung kekalahan. Hahaha” Tingkah si Suardi sambil melompat semula ke katilnya tadi.
Aku pun ikut juga melompat ke katil ku. Si Amin ku lihat bersiap-siap mau ke kelas. Aku tidur terus malas mau makan lagi. Sudah makan di kantin tadi tengahari. Lagipun, lauknya hari ni ‘ikan jaket’ yang memang kepantangan bagi pelajar lama ni. Pelajar baru bantai ja. Bukan apa, junior ne suka betul menayang-nayang muka depan cewek. Alah, mau tunjuk ensem. Ada yang siap beperfume-perfume lagi ke dewan makan tu. Hah, lantak kamu lah. Kami pun sama juga dulu.
Hah, asal bangun ja dari tidur. Muka si Amin lah yang menyapu-nyapu ne. Aku tengok kawan-kawan yang lain sibuk bercerita. Aku tengok baik saja mereka semua ne. Ok lah tu. So, aku memang dah ada plan malam ne. Aku mau bawa kawan-kawanku keluar malam ne. Ajak pegi karaoke la di pekan. Lama dah aku berdendam dengan mereka bertiga ne. Adakah patut mereka cakap suaraku macam katak. Aiya, memang tulilah telinga mereka ne. Suaraku yang sedap macam Awie, di cakapnya macam katak. Mereka pun setuju la, kami jalan selepas maghrib. Alah dekat ja pekan dengan sekolah kami tu pun.
Balik ja kami dari karaoke, yang telah menjanjikan kekalahan mereka bertiga. Sebab aku sudah berlatih di rumah masa cuti. Tapi mereka kan berlatih main bola, hahaha tak dapat sudah kalahkan aku. Sampai ja di pintu gate, kami tak nampak dah security ne. Biasanya ada, tapi malam ne tiada. Kami rasa lain sudah. Tak lain tak bukan, perhimpunan malam la ne. Alamak, kompom kena tindakan lagi dari warden malam ne. Kami pun redah sajalah, sudah alang-alang sampai. Kami tengok, macam biasa ja. Tiada pun perhimpunan. Fuh, selamat. Kami pun naik ke bilik. Time tu dah jam 11.30 something la. Masuk ja bilik kami tekejut, rupanya warden ada di bilik. Ahh, sudah kena lagi kami ne. Tapi, bila kami masuk ja, warden pun selamba keluar. Aik, baik ja mood warden hari ne. Biasanya, dah keluar senjata paling digeruni tu. Merotan di punggung kami. Malam ne tak ada pula ya. Selamat kali kedua. Memang best la malam ne. Sekali tengok si Amin tiada sudah ne. Ke mana pula dia ne. Malam-malam macam ne merayau ke apa. Ah, pedulilah, pandailah dia balik tu. Kami pun tidur la juga.
Keesokan paginya, kami bangun macam biasa. Orang yang paling lambat si Jai lah. Entah memang dah keturunan lambat bangun budak tu. Tapi, si Amin tiada di katilnya. Katil pun tiada bercadar. Tak perasan pula semalam. Dia cuci kali ne. Tapi, baldinya ada pula. Kenal sangat aku baldinya ne. Baldi betampal salotape karan hijau tu dial ah punya tu. Tiada pula cadarnya dalam. Aik pelik.
“ Ijam, sini kau.”
“Ya bang, kenapa?”
Fuh, kena panggil abang tu. Biasalah taiko kan hehe. Sebnarnya taikucing ja pun. Juniorku bilik sebelah. Sekelas dengan si Amin.
“Amin mana ah?”
“Amin, eh abang nda tau ka bang?”
“ Kalau aku tau aku nda tanya kau la bangang?”
Uih, saja ja tu mau tunjuk ganas. Biar mereka takut sikit dengan abangnya ne. Ee, tak lah aku ada adik macam dia ne, tak ensem.
“Semalam kan ada perhimpunan. Jadi, bilik abang Si Amin ja yang ada. Dia kena gantung asrama seminggu sebab abang semua tiada dalam bilik. Dia yang berabis mahu mengaku salah. Sebab warden dah mengamuk semalam tak ada orang yang berani mau mengaku. Semalam juga dia kena hantar warden.“
Ya Allah. Kena gantung gila. Ipul, Jai dan Suardi pun melompat ke tempat kami.
“Oi, betulkah kau cakap ne?” Tanya si Ipul.
“Ya bang.” Balas Ijam.
“Fuh, selamat juga kita. Tidak juga kena gantung. Hahaha, bagus juga si Amin ne. Bagus nda bertempat.” sampuk si Jai.
“Oi, budu kau Jai, gilakah, kita yang sepatutnya kenda gantung kau tau ka.” Marahku.
“ Eh, kalau sudah dia mengaku, mau buat macamana. Untungla bah kita.” Sampuk si Suardi.
“Wei, bukan apa. Sini kamu aku cerita.”
Kami letak balik baldi yang kami angkat. Kami ambil rokok sebatang seorang. Pastu, aku pun start cerita.
“ Kamu tau ka, si Amin tu tak boleh balik ke rumah. Bapanya tu tak suruh dia belajar. Dia suruh si Amin kerja tuk sara hidupnya.”
“So?” tanya si Ipul.
“Eh, aku bagitau kamu lah. Si Amin tu sengsara kena belasah oleh bapa dia. Bapanya tu selalu dera dia. Kamu tak nampak parut-parut di tangannya tu, tu semua bekas kena siram air panas tu. Kakinya tempang tu bukan apa, bekas kena hambat pakai kayu masa dia tahun 5 lagi. Sampai sekarang nda boleh bejalan lurus sudah. Sebab tu menyapu pun bejam-jam. Kepalanya bebekas tu, bekas aku pukul dia pakai penyapu masa mula-mula sekolah. Baru aku terajang lagi perutnya. Tergolek-golek dia di koridor tu. Mukanya bengkak sikit tu, aku tau bekas kau tu kan Jai. Ada dia cakap sama aku. Tapi satu dia tak pernah berdendam siapa-siapa.”
Semua pun mula ada muka kesiankan si Amin tu. Semua pun tunduk ke bawah. Termasuklah aku. Kami rasa bersalah.
“Ui, yang kau pegi terajang dia tu kenapa?” Tanya si Jai.
“Alah, bukan apa. Dia tu juga, trip-trip rajin depan aku. Kau tau juga kalau aku, pantang nampak orang rajin ne. Eleh, yang kau pun kenapa kau tumbuk dia. Macam tulah juga situasi aku.” Balasku.
“ Uinah, sudahlah bah. Bagus kita pegi mandi dulu. Nanti lambat kita pegi kelas, lagi teruk kita nanti.” bidas si Ipul.
Kami pun melakukan aktiviti harian kami macam biasa. Kami masih lagi rasa bersalah. Masing-masing pun tak senang duduk di bilik. Bilik pun mula sudah bertabur sana sini. Kalau ada si Amin bersih juga sikit. Aku tengok kawan-kawan pun macam dah suka dengan si Amin ne. Alah, mereka ne ganas-ganas juga, tapi ada juga perasaan belas tu. Oleh kerana rasa tak senang sudah merajai, aku pun mula la bercakap.
“Eh, kamu. Aku rasa baik kita jumpa warden mengaku depan dia. Sepatutnya kita yang kena gantung bukan si Amin.”
“Sem, aku bukan apa. Kalau kita mengaku, last dah kita punya gantung ne tau. Gantung forever ne kalau kita mengaku. Kau mau ka tinggal di rumah? Kan Jai?” jawab si Ipul.
“Ya, betul juga si Ipul tu. Matilah kita kalau tinggal di luar. Nda pa, nanti kalau dia balik, kita belanja dia makan bah. KFC la.” Celah Si Jai.
“Bah, boleh jua. Aku no hal.” Jawabku.
Kami pun mula happy sikit. Kebetulan hari sabtu. Hah apa lagi kami pun outing la. Tapi di pekan ja pun. Paling-paling pun pegi jamming, main game tintong, main snuker dan karaoke. Itu sajalah yang menghabiskan duit kami ne. Bila hari sudah petang, kami pun balik naik bas catar. Lain tambang bas d sini. Kalau dari asrama, bayar dalam dua puluh sen ja. Tapi kalau dari pekan ke asrama, lima puluh sen pula seorang. Cuma lambat menunggu orang. Kalau catar, RM3 pun ada sebuah kereta. Jadi bagus kami catar, tambah seringgit ja daripada tunggu lama. Dalam perjalanan tu, aku nampak macam si Amin. Membawa beg besarnya. Memang sah si Amin, sebab beg tu koyak di bawah. Nampak jahitan si Amin yang main hentam tu. Aku suruh pakcik drebar tu berhenti depan dia. Kami suruhlah dia naik, sama-sama balik ke asrama.
Masa dibilik aku tanyalah dia. Kenapa lebam-lebam lagi ni. Memang aku dah tau pun mesti bapa dia yang pukul ne. Biasalah kebiasaan orang kita, sudah tau bertanya pula. Orang tengah makan, kita tanya lagi, makan ke?. Macam tulah tu.
“ Ya, bapa pukul. Biasalah tu bang. Dia marah sebab lama tak balik rumah. Dia tak tau sebenarnya saya pegi sekolah.” Jawabnya.
“Kau jalan kaki eh tadi?” tanya si Jai pula.
Ah, tengok tu baru juak aku cakap tadi. Dah si Jai tanya lagi dia jalan kaki ka tidak. Memang begitulah tu.
“Ya.” Jawabnya ringkas.
“Kenapa badan kau lebam ne?” tanya si Ipul.
Aik, dah macam sengaja during ne tanya soalan macam ne. Aku pula yang panas. Terus aku sampuk.
“Kau ne Jai, sudah dia cakap tadi bapa dia pukul.” kataku.
“Nda bah, bukan apa. Aku macam tak pecaya betul pula kau cakap tukan. Jahat juga bapa kau ne?”Ujar si Ipul.
“Tidaklah. Dia memang begitu dari kecil lagi bah tu. Biasa sudah saya. Saya sedih ne bukan apa. Saya tiada duit mau bayar yuran kelas. Duit saya tempat bos. Tapi tiada dia restoran tadi.” sambung si Amin.
“Berapa mau bayar?”Tanya si Suardi.
Eh, macam mau membelanja ja si Suardi ne. Memegang poket belakang pula dia. Keajaiban ne. Tak pernah dia belanja junior si Suardi ne. Mau belanja aweksnya pun payah.
“Kau mau belanja ka ne Di?”
“Tiadalah. Tanya saja. Jadi, duitmu tempat bosmu tu berapa?” tanyanya lagi.
Aisey, memang sah kedekut la si Suardi ne. Rupanya menggaru kurap pula dia. Ingatkan mengambil dompet.
“Yuran kelas tu RM20. Sebab mau pegi lawatan masa cuti pertengahan semester ketua kelas tu cakap. Duit tempat bos tu taklah banyak, RM 650 kot. Sebab duit tu saya kumpul-kumpul, pastu simpan tempat dia. Kalau makan dia yang bagi. So, tak payah lah saya guna duit tu tuk beli makanan.” Jawabnya.
“ Wah, banyak juga tu. Kejap. Restoran mana kau kerja ne? Siapa nama bosmu tu?” Tanya si Suardi lagi.
“Restoran Ah Chai, bos tu selalu kena panggil, Ah Chai juga.”
“ Alalah, aku kenal bosmu tu. Kaki penipu tu Min. Cousin aku dah kena di sana. Tak pernah kena bayar gaji. Sebab tu tak ramai orang mau kerja sana. Huhu, salah orang dah kau ne. Penipu punya taukeh tu. Jangan harap kau mau cari duit tempat dia lagi. Dia yang ambil tu.”
Memang padan lah si Suardi dengan bos tu. Dua-dua kedekut. Kenal pula si Suardi ne dengan orang kedekut.
“ Alah, Di. Kau biar betul ne. Penipu ka tu taukeh. Aina, nasib baik aku di sekolah. Kalau kau kasi tau tadi, lama dah aku pukul tu.” Geram si Jai.
Uiseh, mengencang si Jai ne tiba-tiba. Betulkah dia mau pukul. Aku nda pecaya la mukanya ne. Biasanya dia lari dulu kalau ada begaduh. Dia ne penakut. Sama junior berani la konon.
“ Ndapalah. Nah RM20. Ne duit kami kumpul untuk belanja kau KFC ne Min. Tapi daripada belanja kau KFC, bagus kau bikin bayar yuran tu.” Hulur si Ipul.
Ya tak iya pula. Ada pula duit kami kumpul RM5 seorang untuk belanja dia KFC. Orait selesai hutang.
"Terima kasih la bang. Nasib Abang semua ne ada. Senang sudah hati saya. Nanti kalau ada sudah duit, saya bayar balik ya bang."Katanya.
“Ish...tak payah lah kau bayar. Duit pun kau tiada. Memang kami ikhlas bagi tu, sebab kau sudah tolong kami. Kalau kau bayar juga kami belasah kau ne."Kataku pula.
Ya." Jawab Ipul, Jai dan Suardi serentak.
“Belasah ja lah. Setakat abang bertiga ne mana lah saya takut." Jawabnya bersahaja.
Kami berempat naik angin. Tapi, tengok dia senyum kami tau dia berseloroh. Kami semua ketawa terbahak-bahak. Jadi Geng Sudah!!!
Semenjak daripada itu, kami berempat sudah terikut dengan gaya si Amin. Kami semakin lama semakin cemerlang kerana ter’motivate’ dengan kejujuran dan kemuliaan hati si Amin. Pelajaran kami pun semakin meningkat nampaknya. Kesedaran kendiri yang warden kami selalu cakap pun mula masuk ke dalam otak kami. Tapi aktiviti membuli kami tetap diteruskan, sebab kami berlima sudah dilantik menjadi pengawas asrama menggantikan pengawas lama. Fuh, tak sangka pula dapat juga merasa jadi pengawas. Aku dah jadi setiausaha, si Ipul jadi ketua Biro Sukan, Si Jai dan Suardi dilantik menjadi Biro Kebersihan dan Keceriaan, dan si Amin Biro Sidang Petang. Kami la yang berkuasa sekarang mengarah semua pelajar dalam berdisiplin. Walhal, kami yang selalu memberontak ne.
Setakat itu, lamunanku terhenti. Aku bangun dari katilku. Jam dah menunjukkan jam 4.30 petang. Dah tiba masa riadah. Aku lihat, Jai, Ipul dan Suardi dah bersedia berpakaian sukan. Petang ne kami ada perlawanan bolasepak antara guru dan murid. Aku yang masih duduk di katil mula memakai pakaian sukan. Jai, Suardi dan Ipul mendekatiku.
“Eh, Sem. Nanti kau jadi striker. Aku tak dapat la hari ne.” Tegur si Jai.
“Bah, mana saja.” Balasku.
“Alah, sudahlah Sem. Janganlah kau kenang sangat dengan arwah tu. Tuhan lagi sayang dia bah. Dia dah selamat sampai, yang kita ne entah macamana. Tapi memang kau yang paling rapat dengan arwah tu kan.” Tegur si Ipul.
“Sudahlah, kan dia sudah cakap jangan kesian dia. Kisah tiga tahun lepas tu, masa kita tingkatan empat kan. Sekarang ne kita sudah tingkatan Enam Rendah, buat apa mau di ingat lagi. Tapi sebenarnya aku pun masih teringat dia juga.” Sambung si Jai.
“Ah sudahlah. Kamu nasihat aku kamu pun sama juga dah. Pegi dah. Mari kita kasi kalah cigu-cigu tu lagi bagus. Bukan aku tak tau, si Jai ngigau si Amin saja. Si Ipul selalu tengok gambar dia kan malam-malam. Kau Suardi, selalu pegi makan di restoran dia kerja dulu kan. Hahaha kamu ingat aku nda tau ka.”
“Aiya kedapatan oh.” tersipu-sipu Si Jai.
“Hahahaha” Ketawa kami berempat.
Sekian, Terima Kasih.
By,
Acil
Tajuk :Tanjung Lipat
Penulis: Mahathir Mohd Nor
“Der, bawa kereta jangan laju sangat ya..Ingat, jalan raya bukan tempat untuk berlumba”. Masih terngiang-ngiang lagi dikepalaku kata-kata yang sering diucapkan oleh sahabat baik ku itu. Kini, semua hanyalah tinggal memori sahaja .Ingatan ku kembali terpaut pada kenangan silam yang pernah kami lalui bersama di sini. Di tempat itulah berlakunya peristiwa yang tidak akan dapat ku lupakan sampai bila-bila pun. Kerana kecuaian diri, aku kehilangan sahabat baik yang tidak akan pernah ada gantinya bagi diriku. Aku amat merindukan gelak tawa, dan riang ria yang kami lalui bersama suatu ketika dulu. Namun semua itu hanya tinggal kenangan semata-mata. Betapa bermaknanya erti sebuah persahabatan bagi diriku. Ya, aku terlalui merindui saat-saat bersama kami. Susah senang kami hadapi bersama, walaupun adakalanya kami pernah berselisih faham antara satu sama lain. Namun semua nya adalah lumrah kehidupan bagi sebuah persahabatan.
Terbit seribu penyesalan yang dalam pada diriku. Kalaulah aku tidak menuruti keegooanku pada hari malapetaka tersebut, sudah tentunya aku tidak akan kehilangan sahabat baik ku. Aku terlalu mementingkan diri sehingga tidak mengendahkan nasihat sahabat karib ku yang amat aku sayangi. “Din, maafkan segala kesilapan ku di dunia dan akhirat, halal kan makan minum ku selama ini”. Itulah kata terakhir yang sempat ku berikan pada sahabat sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Malam yang penuh dengan kesedihan. Semuanya berlaku apabila kami telah melanggar sebuah lori dari arah bertentangan apabila aku cuba untuk memotong kereta dihadapan ku. Aku tahu ianya sungguh berbahaya, namun kesombongan ku di jalan raya mengatasi segalanya. Aku tetap berdegil untuk terus memotong kereta tersebut walaupun sahabatku melarangnya. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Akhirnya kereta yang ku pandu terbabas ke sebelah kanan jalan raya dan dilanggar lori dari arah kiri kereta. Kereta kami teheret sejauh 10 meter dan remuk dibahagian pintu kiri. Aku masih mampu untuk bergerak keluar dari dalam kereta walaupun tangan dan kaki ku teramat berat untuk digerakkan dan berlumuran darah. Pemandu lori serta pemandu kereta lain berhampiran tempat kejadian cuba menyelamatkan sahabatku yang tersepit di dalam kereta lalu memapahnya ke tepi jalan raya berhampiran ku. Sahabatku masih sempat bercakap dalam keadaan yang lemah dan akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan ku tatkala belum sempat pun ambulans datang. Aku menangis hiba melihat sekujur tubuh sahabat ku diangkat ke dalam ambulan. Aku juga dibawa ke masuk ke dalam ambulan dan tidak sedarkan diri selepas itu. Keesokan harinya, aku sedarkan diri dan melihat ibu bapa ku sedang menemani ku di hospital. “Der, arwah si judin sudah dikebumikan tadi pagi, banyakkanlah bersabar ya nak...” Sekali lagi hatiku bagaikan dihentak batu apabila mendengarkan berita sedih itu. Aku tidak sempat untuk bersama-sama mengiringi jenazahnya dikebumikan. Aku berasa amat bersalah pada diriku. Akulah punca kehilangan Izzudin. Tiada pengganti terhadap dirinya bagi diriku. Dialah sahabat ku dunia akhirat. Satu-satunya sahabat yang selalu ada di saat aku memerlukan pertolongan, kesedihan, dan pemberi semangat motivasi bagiku. Aku merenung jauh mengenang kan kehidupan ku selepas ini tanpa sahabat disisi. Terasa amat sukar rasanya. Sejak kecil lagi kami membesar bersama, hidup sekampung, menuntut di sekolah yang sama dan akhirnya kami terpisah jua setelah masing-masing menyambung pelajaran di universiti. Seorang di Sabah dan seorang lagi di Labuan. Setiap kali cuti semester, kebiasaanya kami akan pergi ke beberapa tempat seperti yang dirancangkan sebelumnya.
Aku mempunyai sedikit kelebihan kerana mempunyai kenderaan hadiah daripada ibu bapa ku setelah kecemerlangan ku dalam peperiksaan stpm. Senanglah untuk kami bergerak kemana-mana bersama. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan, Tuhan lebih menyayangi sahabatku dan pergi meninggalkan ku buat selama-lamanya. “ Sayang, jom minum..” Sapaan teman wanita ku menyedarkan aku dari lamunan yang panjang. Kini, 4 tahun sudah berlalu sejak peristiwa pahit itu berlaku. Setiap kali aku melalui jalan tersebut, aku tidak akan pernah sekalipun melupakannya. Terlalu lama untuk aku pulih dari semangat ku yang hilang. Kesedihan dan kesunyian ku terubat setelah aku bertemu dengan seorang wanita yang banyak memberi aku motivasi agar meneruskan kehidupan. Dialah pendorong ku kini untuk berjaya tanpa sahabat karib ku. Aku tidak akan melupakan segala jasa dan pengorbanan yang telah teman wanita ku berikan. Tuhan, temukan lah aku dengannya. Hanya itu yang mampu ku doakan. Dialah permata hatiku kini selain daripada ahli keluarga ku. Insyaallah, sekiranya takdir menemukan, pasti aku akan bersama nya. Wella.....Itulah nama wanita yang selalu ada dalam fikiranku, yang telah menjadi calon hatiku. Setiap kali aku balik ke kampung, aku pasti akan singgah ke kubur sahabatku dan membacakan surah al fatihah untuknya. Dan yang paling bermakna buatku, Wella juga akan turut bersama menemaniku meskipun kami berlainan agama. Aku berasa sungguh terharu kerana walaupun berlainan agama, dia amat menghormati budaya serta kepercayaan agama ku. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Amin.
Jika ada masa, sudah tentu aku akan balik ke kampung. Maklumlah, Labuan dengan Beaufort bukan jauh sangat pun..Aku kini bekerja di Labuan setelah menamatkan ijazah ku di sana. Sebulan sekali aku pasti akan balik ke kampung halaman ku. Dan seperti biasa, aku akan mengambil Wella di rumahnya apabila teman wanita ku ini tidak mempunyai kelas. Wella masih menuntut di Universiti Malaysia Sabah dengan mengambil jurusan Ekonomi. Aku telah pun membawanya berjumpa dengan keluargaku sebelum ini. Aku tidak pernah merahsiakan hubungan ku dengan keluarga ku. Bagiku, kebahagiaan terletak di tangan ibu bapa. Malah, aku juga pernah menemui keluarga Wella meminta keizinan untuk membawanya berjalan-jalan. Nampaknya hubungan kami direstui walaupun agama berlainan dan itu tidak pernah menjadi halangan pada hubungan kami. Aku gembira mengenalinya, takkan ada yang mampu memisahkan kami kecuali takdir Ilahi sahaja pada pendapat ku. Dia terlalu bernilai bagiku.
Kalau diturutkan hati, mahu sahaja aku berpindah kerja di Kota Kinabalu dan mengahwininya. Tapi kami telah berjanji sebelum ini, bahawa Wella mahu mencapai cita-citanya untuk menamatkan ijazahnya terlebih dahulu dan mempunyai kerjaya sendiri. Dia mempunyai impian tersendiri, ingin membalas jasa keluarganya di kampung yang telah banyak berkorban untuknya selama ini. Aku turuti kemahuannya dan bersabar, kerana sekiranya telah tersurat dia milikku, dia tetap akan jadi milik ku buat selamanya. Hanya telefon dan facebook pengubat rindu ku padanya. Kami sering berhubung melalui kemudahan tersebut. Di Universiti, Wella juga mempunyai ramai kawan perempuan dan lelaki. Akan tetapi, ada satu perkara yang amat menarik perhatian ku, sejak kebelakangan ini, aku telah menyedari bahawa Wella sering ditemani oleh rakan sekelasnya, Rizuan.. Makan bersama, duduk dalam kelas bersama. Dia sendiri yang memberitahu ku akan hal ini. Timbul perasaan cemburu pada diri ku. Namun, aku tetap percayakan Wella. Rizuan seorang yang pendiam, sepatah ku tanya, sepatah jualah yang dijawabnya. Aku sudah menemuinya beberapa kali apabila mengambil Wella selepas kuliah nya di UMS. Melihat Rizuan, aku teringat dengan arwah Din.
Terdapat persamaan sedikit antara Rizuan dengan Din. Tapi arwah Din suatu ketika dahulu adalah seorang yang peramah dan banyak cakap. Sama seperti ku, itulah sebabnya kami tidak dapat dipisahkan. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, dan kini telah setahun Wella mengenali Rizuan. Hubungan mereka semakin rapat dari hari ke hari. Membuat aku berasa cemburu. Sms ku sering diabaikan, panggilan ku tidak dijawab olehnya, menyebabkan aku semakin hilang keimanan dan kesabaran di hati. Aku mengambil cuti 3 hari untuk menenangkan hati dan fikiran ku yang kusut. Aku balik ke kampung. Keesokan harinya, aku pergi ke Kota Kinabalu untuk menjumpai Wella tanpa pengetahuannya..Aku pergi ke UMS kerana tahu akan jadual kuliahnya. Alangkah terkejutnya Wella apabila melihat aku berada di hadapannya. Ketika itu dia bersama dengan Rizuan, yang kini amat ku benci. Pada pendapatku, dialah punca kerenggangan hubungan ku dengan Wella, mahu sahaja aku membelasah Rizuan pada ketika itu, tetapi aku masih berjaya mengawal diri. Wella cuba untuk menjauhi ku,dan menarik tangan Rizuan pergi ke tempat lain. Aku cuba mengejar mereka dan menahannya. “Sayang, kenapa ni, apa salah saya? Kenapa tak angkat panggilan saya dan balas sms saya?” Aku meninggikan suara ku pada Wella. “Der, kita putuskan saja hubungan kita, anggap sahaja yang kita tidak pernah kenal sebelum ni..”.
Bagaikan hendak pitam rasanya aku mendengar kata-kata dari mulut nya. Aku seakan tidak percaya bahawa dia mampu untuk mengungkapkan ayat sedemikian. “Please Der, leave me now!!!!”....Wella merayu kepadaku untuk memutuskan hubungan kami walaupun aku sendiri tidak mengetahui apa salah dan silap ku. Semua ini adalah berpunca daripada Rizuan, kalau dia tidak mendekati Wella, tentunya hubungan kami tidak akan putus..”Jahanam Rizuan”, benak hatiku berkata. Wella meninggalkan aku keseorang di UMS dengan mengikut bas UMS bersama Rizuan. Rizuan hanya mampu mendiam kan diri melihat gelagat ku. Aku memecut kereta selepas itu dan pergi ke mana-mana tanpa arah tujuan. Aku ingin mengubati hatiku yang duka. Aku kehilangan segalanya, di saat aku memerlukan kasih sayang, akhirnya impian ku termusnah jua oleh orang ketiga. Aku cuba untuk menelefon Wella semula dengan harapan dia akan merubah semula keputusannya, namun semuanya gagal.
Aku balik ke kampung meninggalkan Kota Kinabalu pada keesokan harinya, kerana cutiku telah tamat. Aku perlu balik ke Labuan untuk meyambung semula kerja ku yang terbengkalai 3 hari. Aku bekerja sebagai Pengurus Pemasaran di Bank Antarabangsa Labuan, menyebabkan aku begitu sibuk sepanjang hari. Setiap hari aku berjumpa dengan pelbagai ragam pelanggan dan adakalanya begitu memeningkan kepala ku. Wella.....Aku merindui mu...Aku tidak pernah berputus asa untuk terus berharap dia akan bersama ku semula. Kini, sudah lebih 6 bulan aku tidak berhubung dengannya. Dia juga telah menukar nombor telefonnya dan facebooknya telah lama tidak aktif. Telefon ku berdering. Aku menerima panggilan daripada nombor yang tidak ku kenali. “Hello, Der, ini Rizuan, Wella baru sahaja pergi meninggalkan kita pagi tadi”.
"Apa? Kenapa Wan? Kenapa dengan Wella?”
“Datang ke Hospital Queen, nanti aku ceritakan apa yang berlaku”,
Jantungku berdegup kencang. Aku menjadi bingung dan terduduk seketika di kerusi bilik pejabatku. Adakah sekadar gurauan ataupun realiti. Rizuan mematikan telefonnya. Aku meminta cuti 3 hari dan bergegas ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. Aku tiba tiga jam kemudian. Kulihat keluarga Wella sedang meratapi pemergian anaknya. Aku terpandang Rizuan lalu menghampirinya. Rizuan menghulurkan sepucuk surat kepadaku.
“Sayang, maafkan saya sebab telah memutuskan hubungan cinta yang telah kita bina selama ini. Saya terpaksa sayang... Saya terlalu menyintai sayang... Hingga saya tidak membenarkan sedikit pun kedukaan di hati sayang...Saya tak mahu sayang bersedih sekiranya ditakdirkan saya pergi dahulu... Sebab tu saya putuskan hubungan kita... Sayang, jaga diri dan carilah pengganti diri saya di hati sayang... Saya tahu sayang tidak akan mudah untuk mencintai seseorang... Ketahuilah sayang, saya tidak pernah pun mencintai sesiapa selain dari sayang seorang...Takkan pernah ada penganti buat selamanya...Sayang, doktor telah mengesan saya mengalami penyakit barah otak sejak setahun yang lalu. Saya rahsiakan semua ini daripada pengetahuan keluarga dan rakan-rakan. Satu-satunya orang yang tahu akan hal ini ialah Rizuan... Saya telah merayu kepadanya supaya merahsiakan hal ini kepada sesiapa terutama kepada keluarga dan sayang... Rizuan akhirnya bersetuju setelah susah payah saya memujuknya... Saya tak ingin sayang berkongsi kedukaan ini bersama saya... Cukuplah saya seorang yang menanggungnya... Sebenarnya Rizuan ialah sepupu saya... Saya telah merancang semua ini supaya kami berpura-pura rapat pada pandangan mata sayang... Saya buat semua ini supaya sayang membenci dan lupakan saya dari hidup sayang... Walaupun sukar untuk saya hadapi semua ini, namun saya redha dengan ketentuan Tuhan sayang... Biarlah saya lalui sisa-sisa kehidupan berseorangan sayang...Tanpa insan yang amat saya cintai... Betapa pedih dan sakitnya hari-hari yang saya lalui tanpa sayang disisi... Hanya Tuhan sahaja yang tahu penderitaan hati saya ini... Sayang, setakat disini sajalah yang mampu saya coretkan... Saya mencintai sayang selamanya...”
Iklas dari saya… Wella...
Aku terpana seketika. Ya Allah, dugaan apakah yang telah engkau berikan padaku ini? Nafasku seakan-akan terhenti seketika. Tabahkanlah hatiku Ya Allah. Maafkan abang, Wella. Berprasangka buruk terhadap sayang selama ini. Abang tidak tahu pun sayang mengalami penyakit barah otak selama ini. Kalaulah abang tahu semua ini, akan ku kongsi kedukaan bersama sayang. Akan ku jaga sayang setiap masa, akan ku korbankan apa sahaja agar sayang sembuh dari penyakit tersebut. Akhirnya menitis jua airmataku. Aku sudah tidak mampu untuk menahannya. Kini aku benar-benar berasa kosong. Rizuan memeluk ku dan menenteramkan hatiku yang dipalit hiba. Akhirnya aku turut mengiringi mayatnya dihantar ke kampung dan selamat dikebumikan pada hari yang sama.
Aku tidur di rumah keluarganya pada malam tersebut.. Keesokan harinya aku perlu pulang ke Labuan. Aku masih teringat kan detik-detik kami bersama suatu ketika dulu. Betapa indahnya bila ku ingat kembali. Dialah cinta pertama dan terakhirku. ”Bos”. Aku tersedar dari lamunan apabila pekerja bawahan memangil ku. Sebulan berlalu selepas peristiwa itu. Aku tetap seperti dulu, rindukan Wella, walaupun dia sudah tiada di dunia yang sementara ini. Aku melihat hand phone ku. Seseorang telah menghantar mesej kepadaku. ”Hai Der, ini kawan Wella, Nurul. Satu rumah dia dulu, saya dapat nombor hand phone kamu dari Rizuan, boleh saya jumpa kamu, ada barang yang saya hendak bagi pada kamu, bekas barang kepunyaan Wella...” Aku lantas membalas mesej nya, “Ok Nurul. Tapi hari Sabtu baru boleh saya jumpa kamu, sebab saya kerja sekarang”
Pertemuan diatur, aku menjumpai Nurul di Kota Kinabalu pada hari Sabtu seperti yang dijanjikan. Aku mengambil Nurul di Universiti Apartment, tempat tinggal Wella suatu ketika dulu. Aku membawa Nurul minum di Alam Mesra, dan berbual-bual seketika.”Der, ni rantai kepunyaan Wella, aku jumpa di laci almari dia hari tu”. Aku mengambilnya dan mengucapkan terima kasih. Rantai ini adalah hadiah pemberian ku sewaktu hari lahirnya yang ke 22. Kenangan yang paling indah sekali ialah tarikh tersebut merupakan tarikh yang sama aku mula-mula bercinta dengannya. Ya, 19hb Mei merupakan detik bersejarah bagi kami. Rantai tersebut mempunyai huruf W ditengahnya dan melambangkan kasih sayang ku padanya. Nurul banyak mengetahui tentang sejarah ku dengan Wella. Tak ku sangka rupanya Wella juga sering menceritakan kisah kami kepada Nurul.
Aku menghantar Nurul tidak lama kemudian ke rumahnya semula, dan balik ke Beaufort, kampung halaman ku selepas itu. Sudah sebulan aku tidak balik ke kampung, selepas Wella dikebumikan.. Aku juga sempat singgah di kubur arwah sahabat baik ku, Izudin, pada hari yang sama lalu membacakan al fatihah untuknya. Pagi Isnin aku terpaksa balik semula ke Labuan. Kini, aku kerap kali berhubung dengan Nurul. Melihat Nurul membuatkan aku teringat kan kekasihku dulu, Wella. Aku berasa senang terhadapnya. Sesekali hatiku terhibur apabila Nurul cuba berjenaka dengan ku di telefon. Namun, hatiku tetap teguh bersama Wella seorang. Walaupun aku dapat merasakan Nurul cuba untuk menarik perhatian ku dan adakalanya aku sedar hatiku mula mencair, namun aku tetap berpegang dengan janjiku, hanya Wella perempuan pertama dan terakhir yang pernah bertakhta di hati. Aku akan menganggap Nurul sebagai kawan karib ku sahaja. Tidak lebih daripada itu. Aku pernah membawa Nurul berjumpa ibu bapa ku, dan mereka juga menyukai perangainya yang seakan-akan Wella.
Aku tetap tidak mahu mengubah pendirianku. Biarkan lah aku hidup berseorangan. Aku lebih bahagia begini. Wella akan terus berada dalam jiwaku, semangat ku masih bersamanya tak kira di mana jua aku berada. Aku pergi ke Kota Kinabalu sebulan kemudian untuk menyambut hari lahir Nurul. Aku bercadang untuk menyambutnya di Tanjung Lipat. Tempat yang pernah mengukir sejarah pahit bagi ku suatu ketika dulu. Aku memberikan Nurul jam tangan sebagai hadiah ku kepadanya. Aku terkejut apabila Nurul meluahkan perasaan cintanya terhadapku pada malam tersebut.
”Nurul, aku minta maaf, aku tak dapat terima cintamu, sebab aku sangat mencintai Wella, mungkin kamu akan menganggap aku gila kerana masih berpegang pada cintaku yang tak akan kemana”.
Hanya lafaz itu yang mampu ku ucapkan kepada Nurul. Walaupun aku tahu riak wajahnya amat mengecewakan. Akhirnya Nurul menerima keputusanku dengan hati yang terbuka. Amat sukar untuk aku membuka pintu cinta ku kepada mana-mana perempuan sekalipun. Ya, begitu kuat cinta yang Wella berikan padaku, sehingga seorang pun tidak mampu menandingi kehebatan cintanya. Akan ku ukir nama Wella di ruangan hatiku, yang tidak akan pernah ada tanding taranya.
I love you , Wella dan I Love Tanjung Lipat. Semoga tempat ini akan terus menjadi memori yang tidak akan dapat ku lupakan buat selama-lamanya.
Post Script (P/S): Thanks 2 Wella n Judin…
Nota: Cerpen Tanjung Lipat ini adalah hasil karya kawan baikku: Mahathir

Tajuk: 1957
Penulis: Acil
Kutuliskan di dalam buku kecilku. “Jika ini takdirnya akan kubuat dia mendakapku, Jika bukan pula akan aku berserah kepada-Nya”. Perkataan inlah yang menjadi peganganku kini. Aku sudah bosanlah menangis meratap, bermuram durja, memujuk-mujuk, meramas-ramas di dalam kegelapan dalam mencari cinta. Ah, Liza tak payahlah nak tersorong-sorong mengejar yang lari, mencari yang hilang, memujuk yang rajuk, terpuruk memburuk dalam pondok buruk berbau busuk. Lebih baik kau menunggu yang hakiki. Cinta sejati datang sendiri jodoh di tangan ilahi. Sampai masa ketemua jua nanti. Membina puri berbau kasturi. Setia usaha sebagai permaisuri si suami. Adalah lebih baik dari meninta noda hitam di buku kiri. Walhal hidup hidup ini hanya sehenti. Destinasi tiba tidak lama lagi. Buat apa meninggi diri, bertaqwalah kepada ilahi. Kita cuma insani khalifah di Bumi, Dia jua maha berkuasa dalam segala perkara di pelosok semesta. Sudah berkali motivasi pagi ini terbit dari benakku yang menggemuruhkan darah mudaku. Akibatnya aku berkhayal melayan perasaan sedang guru mengajar di depan. Sempena hari kemerdekaan ini, suasana kelas asyik bercerita mengenai tarikh 31 Ogos 1957. Aku tak minat topik ini. Tarikh kemerdekaan biasanya aku penuhi dengan bersuka ria bersama rakan di pantai. Aku sudah muak dengan semua ini. Rakan-rakan asyik memandang kubiarkan. Aku tidak kisah. Biarlah mata itu memandang, mata itu mereka yang pinjam. Aku punya mata sendiri, juga di pinjami ilahi. Sejenak aku terganggu oleh pandangan itu. Sejenak lagi aku terganggu ngauman darahku. Aku ingin kahwin.
Selepas habis kelas, aku pun berjalan pulang ke rumah melalui jalan kampung. Pemandangan indah sudah basi di mata pinjaman ini. Namun setiap kali itu jua mulut hatiku memuji indahnya lukisan alam. Sedikit menjinakkan buas hatiku. Kuhirup udara nyaman menyejukkan jentera pengangkut udara yang tak pernah hentinya. Nyaman semacam kayangan. Mengembalikan tenaga yang hilang sebanyak lima ratus meter sebentar tadi. Kuat kakiku melangkah menuju ke rumah. Singgah sebentar di anjung Mak Jijah, membeli ais krim memujuk tekak yang dari tadi memekak. Ketelusuri lagi jalan tadi bersama hati yang penuh iri, melihat mesra Mak Jijah dan Pak Ali. Sentiasa bersama dilindungi cinta. Bahagianya mereka!
Aku terpandang sosok tubuh tua Pak Hassan sedang bekerja. Mengusaha kolam sendirian hingga hasil mendapat kejayaan. Walaupun disirami tohmahan dalam perjuangan, ikan di kolam berenang-renang kegembiraan. Membuat dia lali dengan keadaan. Aku sangat menghormati Pak Hassan. Tiba-tiba benak gemuruhku mencanak-canak kembali terkena pancaran sinar suci mata Pak Hassan. Diakah orangnya ya Tuhan? Adakah dia yang kuharapkan? Aku menundukkan muka melepasi pancaran bisa itu tadi. Namun aku alah dengan suaranya Pak Hassan. Aku terhenti seketika.
“Satu saja?” kata suara itu.
“Apa?” Tanyaku pula.
“Ya, itu ais krimnya sih” Guraunya pula.
“Ya” Balasku sambil tersenyum sebelum berlalu.
Dia meneruskan pekerjaannya. Aku menoleh-noleh kebelakang. Memang dialah jodohku. Seumur hidupku aku tak pernah lagi berjumpa lelaki ‘gentlemen’ seperti dia. Walaupun dah berumur mencecah 57 tahun, tapi muka masih kacak macam 20-an. Aku ingin kahwin dengannya.
Apabila tiba di rumah, aku terus pergi ke dapur. Aku meneguk segelas air sejuk. Aku duduk di kerusi meja makan. Emak datang dari pintu sambil membawa sebakul kain. Dia mengarahkan aku supaya meletakkan baju tersebut di ruang tamu. Aku memulakan cerita.
“Mak, Liza rasa Liza nak kahwin la. Dengan Pak Hassan tu” ujarku.
“Hai, Jah yang kau tiba-tiba cerita pasal kahwin ni kenapa. Belum sempat mak nak bernafas, dah nak hembus balik sebab nak ketawa. sayang oksigen tu tau” balas mak.
“Ish mak ni, Jah cerita pasal kahwin ni mak. Liza dah malas nak bercinta dengan lelaki muda ni mak. Semuanya cakap saja lebih, satu apa pun tiada”
“Mak dah cakap kan dulu mak tak kisah. Yang mak nak tergelak ni, kau nak kahwin dengan Pak Hassan kau tu? Em, susah sikit ni. Biar mak tanya bapa kau dulu. Kau pun tahu kan bapa kau dengan Pak Hassan tu, habis pak Hassan kau di katanya pondan. Padahal dia dah berubah dah, mak tau.”
“Betul ke mak. Macamana mak tau?”
“ Alah mak nilah bestfriend Pak Hassan kau tu. Tiada orang lain dah yang rapat dengan dia. Sebenarnya bapa kau tu jealous dengan si Hassan tu, dia kan kacak.”
“Terima kasih mak. Mak jualah yang memahami Liza. Bertuah Liza dapat mak macam mak.”
Aku terus menggapai pinggan. Mengaut nasi di periuk. Kutumbuk cili padi ditambah limau dan gula. Kemudian ku angkat penutup kuali dan meneka bahawa terdapat ikan bakar didalamnya. Ya, memang tepat sekali tekaanku. Semenjak duduk tadi, kesemerbakkan ikan bakar itu menggangguku. Aku ambil seekor ikan memandangkan hanya ada tiga ekor sahaja. Seperti jua keadaan rumahku yang dihuni tiga beranak. Aku, emak dan ayah. Oleh itu, pasti memang akulah yang punya ikan terbesar ini. Memang sedap makanan tengahhari ini.
Setelah itu, aku masuk ke bilik. Langsung mandi dan menunaikan solat zuhur. Selesai semuanya aku bercadang untuk membaca novel. Tetapi aku berasa bosan. Lalu aku keluar pergi menonton televisyen. Sunyi juga bila menjadi anak tunggal dalam keluarga ini. Aku terlelap di sofa sambil mengenangkan nasib bersendirian. Hinggakan kawan-kawan sekampung pun aku tiada. Ada pun tinggal di kampung seberang. Sekitar kawasan rumahku cuma hutan belantara. Rumah-rumah kejiranan pula saling berjauhan. Maklumlah tanah kebun, semua rumah jauh-jauh. Kecuali rumah Pak Hassan. Tapi, tak mungkin aku pergi ke rumahnya pula, memandangkan dia tinggal sendirian. Rasa kurang enak dan malu pula mengunjungi rumah begitu. Jadi, inillah sahaja yang dapat kubuat di masa lapang. Tidur.
Aku tersedar dari tidur, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia sudah kududuki. Hal ini menandakan bahawa aku tidak lagi memiliki gelaran sebagai pelajar sekolah. Perkara ini sangat menggembirakan aku. Sebenarnya hatiku lebih gembira dari diriku sendiri kerana inilah masa yang dinanti-nantikan. Usaha menuju ke alam perkahwinan. Ya, memang aku bertekad untuk berjumpa dan memberitahu isi hatiku kepada usahawan tua itu. Aku tidak peduli apa yang berlaku. Mungkin Pak Hassan semestinya menolak cintaku. Tetapi kupujuk hati dengan kepercayaan bahawa golongan seperti Pak Hassan lebih matang dan akan memberikan jawapan yang tidak mengecewakan aku. Aku pasti itu. Setelah selesai bersalam-salam dengan rakan, bergambar kenangan serta mengucapkan salam terakhir dengan rakan sekelas, aku mencapai beg untuk mengorak langkah pulang. Aku pulang dengan hati yang berdebar gembira untuk bertemu dunia yang indah seperti keindahan kampungku yang menjadi teman sepanjang hidupku di alam persekolahan. Aku sekarang menganggap dunia itu, sebagai satu dimensi yang menjanjikan kebahagiaan yang bakal ku tempuhi bersama Pak Hassan. Aku sentiasa membayangkan hidupku penuh dengan percintaanku dengan Pak Hassan. Aku sendiri tidak tahu mengapa aku suka kepadanya!
“Hassan, biar aku berterus terang, aku tak boleh membenarkan kau berkahwin dengan anak aku. Aku tahu aku bersalah terhadapmu. Jadi, dengan penuh rasa rendah diri dan malu, aku pohon supaya kau tidak berjumpa dengan Liza lagi. Aku tak mahu orang kampung memukul kau sampai begini sebenarnya. Aku juga sudah berubah. Perkara ini lantas memeranjatkan keluarga aku. Kalau kau mahu aku sanggup berikan tanah itu kepadamu.Tapi, aku tahu kau tidak pernah berniat begitu bukan. Aku sudah sedar kau lah insan yang paling mulia.”
Hassan hanya tunduk. Hassan terus berdiam dan mula berkata.
“Baiklah Meon, maafkan aku. Aku takkan membuat perkara seperti ini lagi”
Abang Hassan menyambung berehat semula setelah ayah berlalu. Abang Hassan mengalirkan airmatanya. Mengenangkan nasibnya yang malang. Setiap kali dia inginkan kebahagiaan, selalu saja ada halangan. itulah luahannya kepadaku. Namun dia tahu ini adalah ujian daripada tuhan. Dia berdoa kepada tuhan dengan menadah kedua tangannya. Sungguh dia lemah. Aku turut mengalirkan airmata yang memang sudah bercucuran kerana keputusan ayah. Tapi, perjanjian aku dengan Abang Hassan, aku tidak akan menangis lagi setelah perisitiwa empat hari lalu. Abang Hassan telah mengumpulkan semua orang-orang kampung untuk memberitahu percintaan kami. Perkara itulah jua yang menyebabkan abang Hassan terlantar di hospital. Dia dibelasah oleh penduduk kampung yang dikepalai oleh Abang Kiran. Sebelum peristiwa ini berlaku, aku telah menolak pinangan Abang Kiran. Aku pasti bahawa Abang Kiran berbau dendam.
Aku mempunyai perasaan yang sangat aneh. Aku tidak malu untuk mencintai Abang Hassan. Aku tidak lagi takut menghadapi semua ini seperti sebelumnya. Setiap kali aku melihat Abang Hassan, aku sentiasa mendapat ketenangan. Kata-kata itu aku percayai sekarang “tak kenal maka tak cinta”. Perilaku dan hati budi Abang Hassan sangat aku cinta. Dialah yang kucari selama ini. Aku akan mencintainya sampai bila-bila. Namun, aku hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan.
Hampir dua tahun sudah berlalu. Aku merenung kubur arwah Abang Hassan. Masih terngiang pantun Abang Hassan di telingaku.
“Mencintai manusia itu bersifat sementara. Manakala mencintai Ilahi adalah hakiki. Mencintai manusia tidak perlu bersama. Cintailah Ilahi sepenuh hati.”
Aku tersentak setelah Fitri menegurku dari belakang. Kini aku membenarkan kata-kata Abang Hassan, sekarang aku sudah redha dengan pemergiannya. Aku akan membahagiakan Fitri seperti Abang Hassan membahagiakan aku sehingga ke hari ini. Apa yang mengembirakan aku ialah, Fitri juga sependapat dengan aku setelah kuceritakan semua kisah aku dan Abang Hassan. Dia juga ingin memiliki peribadi seperti Abang Hassan dan berjanji akan berusaha menjadi pengganti Abang Hassan. Fitri memahami bahawa, cinta aku dan Abang Hassan takkan boleh hilang. Aku sendiri terkejut akan pendirian Fitri ini. Susah juga Fitri mendapatkan cintaku. Hatiku masih bersama Abang Hassan. Namun, inilah kuasa tuhan. Aku bersetuju bernikah dengan Fitri. Aku tahu inilah juga keinginan Abang Hassan. Aku mendapat kebahagiaan yang sebenarnya. Kehidupanku semakin baik setelah berlakunya peristiwa pahit. Peristiwa yang aku dan Abang Fitri gelarkan “Peristiwa 1957”. Adakah ini dikatakan bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Aku pun tak tahu. Apa yang penting aku telah mendapat satu pengalaman yang sangat bermakna. Menjadikan diriku lebih matang. Terima kasih tuhan. Aku bersyukur. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Adil dan Maha Mengetahui.
“Liza, mari kita pulang”
“Baiklah bang.”
Kami berbalas senyuman. Fitri mendakapku erat. Timbul perasaan yang sangat manis. Aku membalas dakapannya memeluknya erat. Sungguh indahnya kurasakan. Kami berlalu bersama-sama meneruskan perjalanan yang masih panjang.

ndk abis sy baca, pnjg btul. hihi. sori la semboi! haha.
BalasPadamPanjang ke? ni jadi Cerita Panjang dah ni huhu.... Cerpan
BalasPadam