Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2010

Kini

Orang tuaku pernah berpesan Belajarlah nak Ilmu itu sangat penting Saat itu aku baru setahun jagung Baru belajar bertatih Belum berjalan Ketika aku belajar merangkak Keluar melihat dunia fana Orang tuaku berpesan lagi Belajarlah nak ilmu itu sangat penting Lalu aku belajar Teori dan praktikal Rohani Jasmani Ilmu Kusematkan di dada Ketika aku sudah pandai berjalan Orang tuaku berpesan lagi Belajarlah nak ilmu itu sangat penting Dan aku terus belajar Kini Aku sudah pandai berlari Namun orang tuaku tak ada lagi Akan kusinpan jauh di sudut hati Pesan orang tuaku Yang sangat bererti Belajarlah nak ilmu itu sangat penting Susan Francis,

Cinta Kata

Ku renung indah bermadah Ku dengar berbisik manja Ku hidu semerbak kasturi Ku rasa bahagia menanti Walau ironinya, Dipandang hina Didengar bingit telinga Dihidu berbau zina Dirasa nyaman di dunia yang fana Namun Setelah kau dan aku bersatu Mata memandang menjadi suka Telinga mendengar kembali manja Hidung menghidu bau syurga Rasa hati senang sekali Menjadi raja sehari Mendirikan masjid cinta nurani Sehingga akhirnya kita bersama Tanpa ada bala menimpa Acil,

Berbalik

Marilah sedari keikhlasan kita Saat hati teguh menerima kenyataan Uijan melanda kita syukuri Sesiapa pun tak dapat menghalang Jangan lagi keder Berbalik la kita lorong kanan itu Tersedia indah menggamit hati perasaan Mengindah jiwa mekar di taman Kerekau iman Kerekau taqwa Kerekau syurga Kelekatu nafsu kita sembur dengan iman Kibir diri kita taqwakan Kepikunan Bumi kita teruskan ke Syurga Jangan lagi menyereng ke simpang kiri Padukan kemudi menghala ke jalan-Nya Satukan hati ikhlaskan diri Sampai jua kau berhenti Dengan lancar dan senang Menuju ilahi... Acil,