Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

Cukup! Jangan Berhujah Lagi

Jangan berhujah lagi Mari sama sama buat Kau senang aku senang Kau susah aku susah Jangan gaduh lagi Malu dinampak orang Orang tahu kita keluarga Mereka cuba kasi gaduh kita Mereka cemburu tengok kita Alah buat sudahlah Jangan berkira sangat Kita kan keluarga Kita makan makanan yang sama Tinggal tempat yang sama Mereka cakap kita malas Bukan kita malas pun Kita cuma ala kadar Cukup makan cukup pakai Keluarga kita keluarga bahagia Gaduh pun tak apa Esok lusa kita tegurlah Tak simpan pun dalam hati Apa yang penting kita jaga keluarga kita Nanti tuhan bagi nikmat tak terhingga Acil,

Sayembara Jannatul Firdausi

Tawakkal Insani Kerekau imannya, kerekau taqwanya, kerekau redha-Nya Setentang kepikunan usia Namun masih jua Sekeping hati yang suci di nodai Diisi penuh kemungkaran duniawi Masa mu telah suntuk Jangan lagi pandang belakang Hidup suburkanlah tanaman yang kau bajai Perbanyakkanlah doa mentakhlikkan dirimu pemenang Mengapa perlu kau mentaksiskan keindahan Tamanmu yang kian hodoh Wahai manusia Kembalilah ke sayembaramu Putihkan semula noda-noda hitam yang melekat di hatimu Perancakkan langkahmu menggarap tarian indah Untuk kau persembahkkan pada hari Kemenangan Sesungguhnya akhirat itu pasti datang! Acil

Tarian Adai-Adai

Penghargaan Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya memberikan kekuatan dan keyakinan dalam menghasilkan kerja kursus yang pertama ini buat hambanya yang super lemah dan serba serbi kekurangan.Dalam menghasilkan sesuatu kerja kursus ianya suatu proses yang memakan masa lama untuk membaca dan memahami serta menghayati setiap naskhah buku,laman web jurnal atau petikan-petikan ensiklopedia.Justeru dengan rezeki yang diberikan oleh tuhan iaitu kesihatan tubuh badan faktor utama kejayaan penghasilan kajian ini.Tidak dilupakan kepada Puan Sri Ningsih yang banyak memberi tunjuk ajar dan ruang masa kepada para pelajarnya dengan penuh dedikasi dan tauliah.Semoga tuhan akan memberikan kesihatan dan rezeki yang berlimpah ruah kepada puan.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang membantu dalam penghasilan kajian ini.Terima kasih semua. Setiap semester pelajar-pelajar tahun 1 Seni Kreatif (HA11) akan membuat kerja kursus di bawah kod kursus CA10103 Sejarah Tari yang di...

Kemunculan Tarian Sebagai Satu Bidang Seni

Pengenalan. Menurut kamus dewan seni didefinisikan sebagai karya yang dicipta dengan bakat hasil daripada sesuatu ciptaan.Manakala kesenian bermaksud perihal seni yang berkaitan dengan seni,keindahan atau kehalusan. Seni merupakan satu cara dalam menzahirkan apa yang tersirat di dalam diri seseorang. Walaupun dalam dunia yang serba-serbi canggih, namun manusia ada ketikanya akan menzahirkan perasaan,pendapat atau perbuatan dalam bentuk puisi, pantun, lirik lagu, syair gurindam, perumpamaan dan sajak. Kesemua ini jelas menunjukkkan bagaimana seni itu menzahirkan sesuatu yang berkaitan dengan keindahan.Namun begitu setip seni itu mempunyai mesej yang jelas. Dr. Sidi Gazalba menyatakan bahawa: …seni itu indah dan indah itu adalah baik. Menurut beliau sesebuah karya seni itu perlu ada unsur-unsur kebaikan, kebenaran dan nilai-nilai moral yang tinggi. Seni boleh dihasilkan tanpa penonton tetapi tidak sekiranya tidak mempunyai nilai-nilai estetika didalamnya. Selain itu,Sesebuah seni itu...

Tarian Bubu Kajian Di Kg Weston

Pengenalan Tarian Bubu merupakan salah satu permainan tradisional yang terdapat di negeri Sabah yang mana telah diwarisi sejak zaman-berzaman oleh nenek moyang terdahulu dan masih lagi diamalkan oleh masyarakat pada masa sekarang. Tarian bubu juga dikenali sebagai tarian lukah oleh masyarakat setempat. Selain daripada itu, tarian bubu juga terkenal dalam kaum Bisaya dan Iban. Asal usul Tarian Bubu Tarian bubu pada mulanya berasal dari bangsa Kadayan Brunei. Tarian ini muncul selepas kedatangan Islam. Tarian bubu juga dikatakan berasal dari daerah Beaufort,Sabah iaitu dalam suku kaum Brunei,Bisaya dan Kadayan Tujuan Tarian Bubu Diamalkan Permainan tradisional ini diamalkan oleh masyarakat setempat adalah kerana mereka percaya bahawa tarian tersebut mempunyai fungsi dan tujuannya yang tersendiri di mana memberi kesan kepada golongan yang mengamalkannya itu. Antara tujuan tarian bubu ini dijalankan adalah untuk menghalau roh-roh jahat. Mereka percaya bahawa bubu tersebu...

How to make Proposal Kembara

EJ10101 UMS SEJATI 1 ( KEMBARA ) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH LAPORAN PERKHEMAHAN KUMPULAN 2 TEMPAT : HUTAN SIMPAN KG LABAK, KINARUT TARIKH : 9 OKTOBER 2009 - 11 OKTOBER 2009 PESERTA : PELAJAR UMS SEJATI 1 ( KEMBARA ) KUMPULAN 2 PENGIRING : TUAN HAMUDDIN TARINCANG DAN JURULATIH ISI KANDUNGAN BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Pendahuluan 2 2. Penyataan tujuan 3 3. Gambaran am 3 4. Objekti perkhemahan 4 5. Destinasi 4 6. Pelaksanaan 4 06.1 : Persediaan 06.2 : Peserta 4 06.3 : Urutan kejadian 5-9 06.4 : Pergerakan 9 7. Pencapaian perkhemahan 9 8. Pengajaran 10 9. Penutup 11 Lampiran 1 : Senarai ahli jawatan kuasa 12 Lampiran 2 : Aturcara aktiviti perkhemahan kumpulan 1 13-14 Lampiran 3 :Laporan Perbelanjaan 15-18 Lampiran 4 : Galeri 19 - 23 1. PENDAHULUAN Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk memberi ahli-ahli kembara mengetahui lebih mendalam tentang kembara. Kehidupan dalam hutan yang serba kekurangan adalah ti...

Pengenalan Cerpen

Cerpen adalah singkatan daripada perkataan `Cerita’ dan `Pendek’.Cerpen Melayu dikatakan pada mulanya adalah cerita yang disampaikan secara lisan atau bercerita oleh golongan tua masyarakat Melayu.Namun tiada siapa yang tahu masa mulanya cerpen disampaikan dalam bentuk lisan.Sesetengah orang berpendapat bahawa titik mula cerpen dalam bentuk lisan ini apabila masyarakat Melayu sudah berkeluarga,berbahasa dan bermasyarakat.Oleh yang demikian,cerpen ini berkembang apabila berkembangnya tamadun dan masyarakat Melayu. Selain daripada tradisi lisan,terdapa juga tradisi tulisan dalam perkembangan cerpen.Tradisi ini adalah perkembangan daripada tradisi lisan itu sendiri.Ianya muncul apabila masyarakat Melayu sudah mengenali aksara dan mahir akannya.Walaupun tradisi tulisan mula mengambil alih,tradisi lisan itu tidak hilang.Setelah wujudnya alat percetakan dalam kebudayaan tradisi Melayu,tulisan menjadi semakin popular. Secara amnya,kedua-dua tradisi ini termasuk dalam bidang seni.Namun m...