Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2011

Mun Diaku Bekurapak, Biskita Membaca

Assallamualaikum, Apa abarnya? sihat jua hendaknya. Ari ani aku kan bepadah arah biskita mengenai berita terbaru pasal Kamus Oxford. Dalam WordPress bah tu ku tebaca ani alamatnya http://linearfix.wordpress.com/2011/03/25/fyi-lol-omg-new-words-added-to-oxford-english-dictionary/ Nyanya, pekataan FYI atau For Your Information, OMG atau Oh My God sama LOL (Laugh Out Loud) yang selalu ketani pakai atu dalam dunia maya sudah bah dimasukkan ke dalam Kamus Oxford. Nah bisai banar atu. Jadi nda tah lagi risau kan menggunakannya.

Sembang Hari Ini

Hari ini 21/3/2011 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Mukaddimah Selamat berblogwalking kepada semua rakan-rakan blogger terutamanya daripada Sabahan Blogger Mania. Blogger-blogger yang ada di dalam tu semuanya hebat-hebat. Saya masih lagi baru dalam blogging. Harap rakan dari blogger ada yang sudi mengajarkan hamba yang buta IT ne. Rasa seronok semasa membuat blog ini, sedikit sebanyak melatih diri untuk bersabar. Saya mula bergiat dengan blog ini pada tahun 2009. Namun, ketika itu saya masih bersekolah di sekolah menengah. Saya biarkan saja blog ini begitu saja. Lagipun masa tu masih tidak tahu apa-apa. Apa barang itu code template. RSS feed, Dashboard, Sign In, Posting, Comments dan sebagainya... Alhamdulillah setelah bekerja keras dan banyak bertanya kepada rakan-rakan mengenai editting ne, nah akhirnya dapat jua  saya menghasilkan blog macam yang dimahukan sekarang ne. Kalau dulu main hentam  keromo saja, tidak tahu apa fungsi dan macamana ianya berfungsi. Now mu...

Sastera

Semakin kita mendalami sastera akan semakin kompleks jadinya. Penilaian sastera adalah penilaian tentang keestetikaan sesebuah karya dalam proses penghasilan idea idea untuk memberi nafas baru kepada karya-karya sastera. Ilmu sastera adalah sebuah ilmu yang sangat meluas merangkumi sosial, agama, sains dan teknologi, dan ekonomi serta pelbagai lagi ilmu lain. Para penggiat sastera merupakan orang yang bertanggungjawab dalam mengekalkan dan memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan sastera itu berterusan. Penghasilan karya sastera kini di tunjangi oleh akar budaya dan kesenian. Karya yang dihasilkan akan menjadi lebih bermutu di mata pengkritik-pnegkritik sastera. Keindahan budaya itu sendiri telah menjadikan sesebuah karya itu memiliki kepunyaan atau kelainan tersendiri. Cara penyampaiannya juga memberi kepada proses pemberian makna kepada sesebuah masyarakat. Dalam abad ke 21 ini, nampaknya semakin menginginkan kecanggihan dan keterkinian dalam semua benda. Setiap insan selalu me...

Pertandingan Membuat Puisi Paling Buruk Di Dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua... Disini saya ingin mengadakan pertandingan suka-suka tetapi bermakna kepada pembaca dan rakan rakan sekalian. Merujuk kepada tajuk di atas ianya adalah Pertandingan Puisi Paling Buruk Di Dunia (PPBD) Idea ini datang daripada saya sendiri dan ianya juga adalah sebagai salah satu survey terhadap Penialaian Estetika Sesebuah Karya . Estetika  yang aku tau adalah bermaksud Keindahan . Namun pelbagai teori dan fakta mengatakan bahawa Penilaian Keindahan itu adalah berbeza. (a) Ada yang mengatakan bahawa bahasa yang bersastera dan mengikut gaya bahasa yang betul adalah Estetik (Indah, atau cantik la puisi tu). (b) Tapi ada juga yang mengatakan bahawa puisi yang mempunyai bahasa yang hancur/teruk/bida tetapi menyampaikan maksudnya adalah cantik. Bagi aku, penilaian sebuah karya adalah nilai dari segi mesej yang ingin disampaikan bukan makna sesebuah karya/puisi. Tetapi untuk tahu mesejnya, mesti tau maknanya dulu... ...