Apakah dia Syukur itu? Sudahkah anda bersyukur? Perlukah bersyukur? Kepada siapa kita bersyukur? Siapa kita untuk bersyukur? Dimanakah letak kesyukuran? Bilakah masanya kita perlu bersyukur? Bagaimana untuk bersyukur? Tentu kita terfikir siapakah kita sebenarnya. Dalam menempuhi kehidupan, selagi masih bernafas masih memiliki panca indera, selagi awan masih berarak, selagi lautan masih terlentang, selagi pokok menghijau, selagi masih bisa bekata-kata, selagi kitaran hidup kita masih lagi berputar selagi semuanya masih berlaku sekeliling kita selagi itulah akan timbulnya persoalan yang sama. Mengapakah kita masih bisa bercakap? Apakah yang mendorong kita bekata-kata? Dari manakah datangnya idea untuk berkata-kata itu? Siapakah kita dalam berkata-kata itu? Kenapa bunyi atau bau perkataan kita semua berbeza antara satu sama lain? Kenapa cap jari setiap manusia itu di bezakan? Adakah kita tahu apa yang kita buat, di mana kita berada? Apa perlu dilakukan? Bagaimana kita mahu tahu apa ya...