Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2010

Di bawah Lindungan Kasih

Di bawah lembayung senja seorang anak menyelinap di celah-celah lorong hanyir kotaraya mencari sesuap nasi untuk mengisi perut yang telah kosong berhari-hari. Di dalam kelam malam seorang perempuan menjadi kupu-kupu merayau-rayau mencari susu untuk disuap pada anak yang sedang dahaga di rumah lama menunggu. Perempuan itu yang tercedera jiwa dan raga didera lelaki durjana yang entah layak atau tidak dipanggil suami atau ayah Usman Ibrahim

Begitu Hebat

Begitu hebat orang merompak tembak mesti sesuka hati. Begitu hebat pengantin baru cumbu rayu pagi ke senja. Begitu hebat orang agama dahi berbekas, wujudnya lama. Begitu hebat si anak muda berani buang bayi di masjid. Begitu hebat syurga Ilahi tidak terjangkau akal khayalan. Begitu hebat puisi Melayu sekali terdengar, sekurun terkenang. Coretan Ahmad Fedtri Yahya

Doa untuk Bangsaku

Ya Allah, aku sangat sayang kepada bangsaku kerana dengan bahasa ini aku berfikir dan berasa dan dengan bahasa ini aku tahu bahawa Engkau wujud. Ya Allah, dengan penuh rendah hati aku yang hina ini memohon kepadamu agar diselamatkan bahasaku agar Engkau bukakanlah hati-hati pemimpinku yang telah kami angkat agar mereka yakin kepada bahasaku dan bahasa bapa-bapa mereka. Ya Allah, selamatkan bahasaku dan jika inilah ketentuan-Mu bangsaku akan Engkau musnahkan seperti bangsa-bangsa yang telah Engkau musnahkan dahulu aku rela dan reda kerana Engkau Maha Mengetahui Amin. By Hand, Saifullizan Yahya
Daun Waktu; 2010 membuka pintu hari dengan ceritera dukaku meruntun hati seorang wira telah berlalu pergi kembali ke negeri abadi menemui hakiki, Ya Muhsi. Sempurnanya; Seorang Tok Mat ... seperti nama yang abadi tersemat di jilitan kitab-kitab bakti dan khidmat semarak, setiamu yang amat berkat hakikat menghayat Mesra diingatkan zuriat. Hari ini; bulan ikut simpati kedukaan gerhana dinihari, Jumaat 15 Muharam bagai nukilan UMNO: Akhir Sebuah Impian sejahteralah Tok Mat perjalanan menemui Tuhan bermukim di sisi pada Syuhada yang beriman. Merafakkan rimbun ampun bait-bait sejarah yang bertahun Inna Lillahi, Wa;inna Illahi Rajiun ... Koordinator Pena, Dr Ahmad Razali Yusuf, mengimbau kekejaman Israel yang mensasarkan tembakan dan bedilan ke arah penduduk awam tidak berdosa sehingga kanak-kanak menjadi mangsa menggelepar menunggu ajal di sebalik runtuhan bangunan lewat puisinya, Ya Gaza. Ya Gaza, ya Gaza, ya Gaza, ya Gaza ya Gaza, ya Gaza, ya Gaza, ya Gaza kota r...

Kerana aku wanita

terkadang aku terkehel seketika…. Sejenak…dan sementara… dalam lipatan kenangan bersama dia…. Mengapa itu mesti hadir ketika aku diulit kesenangan, kebahagiaan dan ketenangan??? Semuanya berputar kembali tanpa aku sedari… Tidak!!!bukan aku yang memaksa ia hadir!! Kehadirannya degan sendiri ketika aku mengalami situasi lain… Kegembiraan dengannya membuat aku senang Kepedihan bersamanya membuat aku retak Kebodohan aku berdua menyebabkan kesakitan Sakit untuk memikirkan kemungkinan akan datang… Bagaimana harus aku berhadapan dengan seribu penyesalan??? Punah! Hancur! Musnah! Impian perahu layar persahabatan Mana mungkin aku kembali pada noda-noda zaman silam Yang bisa memusnahkan hidup ini… Belum pun sempat tabirku labuhkan… Tercetus lagi musim bunga, sejuk, panas dan akhirnya luruh… Seluruh jiwaku kini yang dibebani dengan taburan benih dipinggir bibir… Tatkala ia bercambah dan ranum…aku yang tolol…bahlul…bodoh… Laksana menunggu bulan jatuh ke riba… Ditampar dengan kel...

Hati ini telah dilukai

Hati… Mengapa sedih sering bermukim Bertandang menyeringai meninggalkan kesan hempedu yang bukan sedikit… Kejujuranmu sering menjadi persoalan… Keikhlasanmu menjadi taruhan… Kebahagiaanmu entah bila kan datang… Hati… Andai mampu diselami lautan perasaanmu Andai kelukaan, kesengsaraan dan keperitanmu dirasai…pasti… Tiada insan yang sanggup menabur arang menyala ke dasar sanubari itu… Kerna… Mereka tahu kau terlalu sukar untuk mengubati kesakitan yang ditanggung selama dirimu masih bernafas by hand,,, fyfa muse

KASIH IBU

IBU ENGKAULAH YANG MELAHIRKANKU ENGKAULAH YANG MENDIDIKKU JASAMU TAK TERNILAI TAK SETANDING EMAS SETINGGI GUNUNG C/O DI KALA AKU KESEDIHAN ENGKAU HADIR DISISIKU MEREDAKAN PERASAANKU TERSERLAH LAH.. KASIH SAYANGMU BETAPA KASIHNYA ENGKAU KEPADA ANAK YANG TERCINTA MENEMANIKU KALA KESUNYIAN BAGAIKAN BINTANG MENERANGI MALAM (ulang INTRO) KASIHNYA IBU TIADA PENGHUJUNGNYA BAGAI MALAM BERGANTI SIANG BAGAI OMBAK MENGHEMPAS PANTAI TANPAMU IBU TAKKANKU FAHAMI TAKKANKU LIHAT HIDUP INI DAN TULUS KASIH SAYANGMU Nama Pena : Ejay & Ezah

Sempurna

Ini dunia, Bukan hak hakiki, Bagi penghuni yang diukir, Penuh khilaf, Dalam kesempurnaan yang tak lengkap, Setiap hati ada hitamnya, Itu lumrah, Jangan disesali jalan yang diabai, Setiap langkah bersua simpang, Pilihan dari jiwa yang jernih, Pasti bertemu cahaya yang dicari Nama Pena : eYna Junn

Menjerat Cahaya

Apa yang dilihat, Dalam kelam yang pekat, Ada ruang yang kosong, Tiada sempadan, Tiada jarak, Hati ada rasa, Maka hayatilah, Otak ada akal, Maka berfikirlah, Itu Anugerah, Lalu kenapa jadi bodoh, Kenapa jadi sombong, Kelam, Maka sinarilah, Kosong, Maka hiasilah, Anugerah itu adalah cahaya.. Nama Pena : eYna Junn

Layak

Layakkah aku, Memohon kesekian untuk kalinya, Pada kekhilafan yang terulang, Layakkah aku, Mencari rahmat yang setitis, Pada nikmat yang tak pernah disyukuri, Layakkah aku, Bertanya kau dimana, Sedang aku tak pernah mencari-Mu, Layakkah aku, MencintaiMu setulus hati, Padahal aku pencinta yang tak setia, Tuhan aku ini manusia, Dijadikan indah dalam hina, diciptakan unggul dalam takbur, Setiap cerita yang dicipta, Ada noda hitam yang mengotori. Nama Pena : eYna Junn

Teringin

Aku ingin sekali bicara, Tentang hati yang girang saat nestapa membadai, Atau tentang hati yang rawan tika bahagia menyinggah, Aku ingin sekali bberbicara kepada KEKASIH yang maha mengerti, Maha memahami, Aku ini hanya tahu mengeluh kepada kebahagiaan, Hingga lupa akan syukur, Aku ini hanya tahu ketawa kepada derita, Hingga lupa akan insaf, Begini, Sudi lagikah KEKASIH mendengar bicara? Nama Pena : eYna Junn

Hati Ini Apa Maunya?

Seperti kompang yang dipalu, Berlagu sumbang, Sangat-sangat mendesak, Kekeliruan yang memuncak, Dalam mencari jejak, Agar hati tidak terjebak, Duhai hati apa mahumu. Nama Pena : eYna Junn

Alkisah "Bayu Yang Menyapa"

Puisi ini juga hasil karya Acil,mengisahkan tentang penjajahan Barat yang secara perlahan mempengaruhi budaya melayu.Ibarat Bayu yang menyapa,sungguh lembut tapi amat mempengaruhi fikiran dan perlakuan anak muda dalam kehidupan seharian.Remaja sanggup melakukan apa sahaja,sehingga melupakan tentang ibubapa mereka.Mereka inginkan sesuatu yang berupa moden dan bosan dengan kehidupan kampung.Mereka tidak mengendahkan nasihat ibubapa yang menjaga mereka dengan penuh kasih sayang.Malahan di caci,dicerca,di maki hamun dan diugut untuk memuaskan hati muda mereka tanpa berfikir tentang orang lain.

Alkisah 'Pensel'

Puisi Pensel karya Acil,mengisahkan seorang pelajar cemerlang sekolah rendah yang kecewa kerana terpaksa berpindah ke sekolah baru,mengikut ayahnya yang dipindahkan ke sekolah tersebut.Dia merasakan tidak bersemangat untuk meneruskan pelajarannya pada tahun 2.Dia marah dengan ibubapanya kerana memaksanya ikut ke sekolah berkenaan.Namun pada suatu hari seorang guru Latihan Mengajar telah memberikannya sebatang pensel.Pensel pemberian guru LM tersebut itu telah memberikannya suntikan semangat yang tinggi.Walaubagaimanapun,kehadiran guru tersebut dalam hidupnya tidak lama kerana guru tersebut terpaksa kembali ke maktab.Berbekalkan pensel yang diberi,dan gurunya mengatakan 'tulislah dengan sejujurnya'.Akhirnya dia mendapat 4A1B dalam UPSR.Sehinggalah dia berjaya ke Universiti.Pensel itu merupakan Masterpiece baginya....

Bayu Yang Menyapa

Sebuah tiram yang kau tatang, Hilang di pandangan kala bayu menyapa, Pergi ke laut yang penuh noda, membiarkan kau seorang diri, Duduk di beranda penyesalan, Jangan kau tatang tiram yang begitu, Tak kenal tuan yang memeliharanya, Tiram itu tidak bermata, Tidak bertelinga tapi bermulut, Melepaskan kata-kata tajam, Setajam iting sembilang, Melukai hati mu yang suci. Nama Pena : Acil

AKU DAN SESUATU…..

( 1 ) Tatkala aku duduk termenung Aku terleka seketika Mengenangkan sesuatu yg belum pasti Sesuatu yang sukar untuk di capai Adakah ianya akan pasti tercapai… Aku dan sesuatu… Ya sesuatu yang aku sendiri masih tercari-cari Apakah yang di cari dalam kehidupan ini Sehingga ianya membuatkan aku terleka.. Kehidupan… Apakah yang ada dalam kehidupan ini Hinggakan kadang aku terkandas dari laluan sebenar Aku sedih terkenangkan kehidupan ini.. Aku dan sesuatu… Aku hanya insan biasa Yang selalu lalai di bawa arus dunia Dan aku terus tenggelam… ( 2 ) Sesuatu yang tidak biasa akan menjadi kebiasaan apabila kita membiasakan diri kita dengannya… lantas… mengapa membiarkan diri terkapai-kapai dibawa arus dunia??? Hidup berpaksikan entah apa-apa… Lantaran musnah digoncang arus pancaroba… Adilkah hidup dibiarkan terhuyung-hayang tanpa Sesuatu yang pasti menanti??? Betapa insan mencoba untuk menggapai mu di kejauhan… Namun kau tetap berlari pantas dari kenyataan ini… Kenyataan yang menyakitkan dan beri...

Pensel

Wajah manis ayu, Tersenyum padaku Disaat hati hancur lebur, Pedih menahan duka, Jiwa bergelora, Tubuh yang mati, Pulih kembali, Penuh bertenaga, Mengharung onak duri, Tulislah dengan sejujurnya, Kata pemisah, Kini kau tiada lagi, Hanya sebatang pensel, Senjata yang tinggal, Mengalahkan setiap halangan yang datang, Hingga ke menara gading..... Nama Pena : Acil

Dosa Semalam

Kulihat sekelilingku, gelak tawa sang manusia, Yang merajai dunia, bertemankan dosa-dosa, Malam seakan siang, Siang seakan malam, aku semakin alpa dan leka, Tanpa adanya noktah, Kenapa? Seribu persoalan menghantuiku Hari seakan berlari, Tanpa aku sedari, Diri seolah terhimpit, Dalam dunia yang tidak berdimensi, Kini... Waktu meninggalkan aku, Kesepian menyelubungi, Bersama tubuh menunggu kaku. Namapena : Yap